Khamis, 2 Januari 2014
Khamis, 14 November 2013
NUSANTARA ADVENTURES:ARC SERIBU PENGEMBARAAN
ARC SERIBU PENGEMBARAAN
Patah rotan tumbuh bersilang,
Batang kundur rimbun berjelal;
Langkah pahlawan ke tengah gelanggang,
Berpantang undur sebelum ajal,
Tebu bukannya bangkut,
Rama rama terbang ke kuala;
Bukannya kami kaki penaut,
Berani kami pertahankan wangsa.
Lemak nasi gulai udang,
Lemak berbau santan kelapa;
Rela kumati berputih tulang,
Tidak ku mati berputih mata.
Rabu, 13 November 2013
NUSANTARA ADVENTURES:PROLOG
25 November 2017
Stesen MRT,Jalan Centauri,
Kuala Lumpur
Ahmad yang baru sahaja keluar dari dalam stesen MRT Jalan Centauri,pergi ke pondok menunggu teksi.Mujur terdapat sebuah teksi yang sedang menunggu pelanggan di situ.Ahmad segera menuju ke arah teksi tersebut.Ahmad segera menuju ke arah teksi tersebut.Menyedari Ahmad ingin menaiki teksinya,pemandu teksi tersebut,yang sedang berdiri di sebelah teksinya membuka pertanyaan kepada Ahmad.
"Nak pergi mana ni,adik?"soal pemandu teksi tersebut.
Pergi pusat bandar.Tempat berhenti nanti ,saya akan tunjukkan,"jawab Ahmad,sambil meminta izin kepada pemandu teksi untuk menaiki teksinya.
Setelah kedua-dua mereka naik ke dalam teksi,teksi Proton Exora berwarna putih tersebut pun bertolak menuju pusat bandaraya.Jalan di sekitar pusat bandaraya agak lengang sedikit pada masa itu,dan ini memudahkan tekksi tersebut bergerak masuk ke pusat bandaraya tanpa terperangkap dalam kesesakan trafik.
Apabila teksi tersebut bergerak menuju ke arah Perpustakaan New Millenia 2020,Ahmad segera menyuruh pemandu teksi memberhentikan teksinya.
Setelah mengucapkan terima kasih dan membayar tambang teksi,Ahmad segera turun dari teksi tersebut lalu menuju ke arah rumah kedai bercirikan seni bina Inggeris berdekatan perpustakaan moden tersebut.Dia memanjat masuk melalui pagar besi di belakang rumah kedai tersebut.Di situ dia bertemu dengan seorang pengawal berbadan besar yang memakai pakaian SB(Special Branch).Ahmad lalu menunjukkan sekeping kad yang istimewa berwarna emas dari poket bajunya.Pengawal SB yang berbadan sasa tadi membenarkan Ahmad masuk ke dalam.
Ahmad lalu masuk melalui pintu belakang rumah kedai tersebut.Dari pintu,Ahmad turun melalui tangga menuju ke bawah tanah.Di situ terdapat sebuah kafe rahsia bawah tanah.Terdapat ramai orang di sana.Pelanggan yang berkunjung ke sana bukan sembarangan orang.Ada yang bertaraf pegawai rasmi kerajaan,polis rahsia dan pegawai khas.Ahmad juga antara pelanggan setia di kafe rahsia itu,yang hanya dikhaskan untuk pegawai kerajaan yang layak sahaja,membincangkan meengenai perkara-perkara sulit dan rahsia negara.Maklumlah,dia adalah antara ahli organisasi techno-historian yang juga merupakan antara organisasi rahsia yang bekerja di bawah kerajaan.
Ahmad ternampak Siti sedang berdiri sambil menyandar pada dinding di satu sudut di kafe rahsia tersebut.Siti segera memberikan isyarat menyuruhnya ke mari.Ahmad,yang mendapat respon dari isyarat Siti tadi,terus menuju ke arahnya.
"Cepatlah!Yazid dan Afrina sudah menunggu di dalam sana,"getus Siti.
"Eh,mereka dah datang?Akulah yang lambat ni?"soal Ahmad kehairanan,mendapat tahu bahawa Yazid dan Afrina lebih awal sampai ke situ sebelum dia.
"Yalah!Engkau yang ajak orang,engkau pula yang lambat,"
"Oh,yakah?Hehehehe..maaf,"seloroh Ahmad sambil menunjukkan ssenyuman kerang busuknya.Siti mengalihkan pandangannya ke satu sudut sambil memuncungkan bibirnya.
"Cepatlah,jangan main-main!Boleh tolong serius tak?"Siti sekali lagi memarahi Ahmad.
Ahmad kemudian mengikuti Siti masuk ke dalam satu bilik di dalam ruang makan tersebut..Di dalam bilik tersebut,Yazid dan Afrina sudah menunggu sambil meneliti jurnal-jurnal di atas meja.Yazid,yang menyedari kemunculan Ahmad,mempersilakan Ahmad duduk.
Ketika Ahmad duduk,seorang pegawai SB datang membawa pesanan minuman kepada mereka.Pegawai itu menghulurkan segelas air milo ais kepada Ahmad.
"Aii..macam tahu-tahu sahaja.Baru sahaja nak pesan milo ais tadi,abang SB..,"respon Ahmad setelah melihat
segelas air milo ais sudah berada di hadapannya.
"Eleh...kau ingat,aku tak tahu apa yang kau selalu pesan setiap kali kau datang menyemak di sini?"jawab pegawai SB tersebut sambil menjelir lidah kepada Ahmad.Pegawai itu mesar digelar sebagai 'abang SB'
oleh Ahmad.
'Hehe...kalau begitu,terima kasih,"balas Ahmad tersengih-sengih di hadapan pegawai tersebut.Pegawai tersebut sempat melemparkan senyuman sebelum beredar keluar dari bilik tersebut.
"Okey,Mad.Apakah perkara yang kita ingin bincangkan hari ini?"soal Yazid,membuka perbincangan antara shriners di dalam bilik tersebut.
"THE TREASURE OF THE KINGS,"jawab Ahmad secara bersahaja,mengundang perasaan ingin tahu shriners lain.
"Maksud kau,harta-harta raja Melayu yang hilang?"tanya Yazid,meminta kepastian.Ahmad menganggukan kepalanya sambil tersenyum.
"Harta raja-raja Melayu purba kini banyak disimpan oleh pihak istana dan kerajaan.Namun begitu,masih ada harta mereka yang berada di dunia Barat aibat perbuatan penjajah.Malahan,pihak bank Rothschild juga ada menyimpan sebahagiannya,"jelas Afrina,yang cantik memakai tudung di kepalanya.
"Ya,sebagai contoh,legenda THE NAZI SECRET GOLD juga ada kena-mengena dengan harta raja Melayu.Untuk menampung kos perbelanjaan peperangan dalam Perang Dunia Kedua,kerajaan Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler telah dikatakan membiayainya menggunakan bertan-tan emas yang dirampas dari Belanda yang disorokkan di dalam Tasik Tobiltz di Switzerland.Belanda pula,atau lebih tepat lagi,Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC) telah mencuri emas tersebut dari puing-puing runtuhan kegemilangan
EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA di seluruh Indonesia,"Siti bercerita panjang lebar mengenai legenda
emas raja-raja Melayu yang hilang.
"Itukah The Lost Treasure of The Kings yang engkau maksudkan itu?"
"Bukan,ini lebih berharga.Penjajah imperialis pun belum jumpa lagi,"jawab Ahmad ringkas sambil tersenyum.Jawapan Ahmad itu semestinya tidak memuaskan hati para shriners,malahan menjadikan
mereka lebih tertanya-tanya.
Setelah melihat para shriners dalam keadaan bingung,Ahmad pun memberi jawapan dengan nada perlahan;
"PERMATA RAJA-RAJA MALA....,'
Bisikan perlahan Ahmad itu menyebabkan para shriners terkejut besar.Yazid yang sedang meneguk air jus epalnya tiba-tiba tersedak.Sambil mengesat bibir,Yazid berkata;
"Pertama kali dalam hidup aku,tak pernah dengar tentang permata Raja-Raja Mala....benarkah ada permata sedemikian?'
"Ada,Radiant Stanford beritahu aku,"jawab Ahmad selamba.Ahmad lalu mengeluarkan buku diarinya yang dia simpan sejak di dalam monorel lagi.Setelah membuka mangga kunci diarinya,dia terus mengambil sehelai kertas lama yang tersisip di celah-celah muka surat diarinya.Kertas tersebut mengandungi sajak yang tertulis dalam aksara Jawi beserta peta Kepulauan Melayu di bawahnya.
Ahmad kemudian menghulurkan kertas tersebut kepada Yazid.Yazid lalu membaca sajak yang ada tertulis di atas kertas tersebut.

Setelah membacanya,Yazid terus melihat peta yang terdapat dalam kertas tersebut.Peta yang menunjukkan kawasan Kepulauan Melayu dengan terdapat tanda berbentuk bulat di kawasan tertentu yang dditunjukkan di dalam peta itu.Tanda-tanda berbentuk bulat itu kebanyakannya terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia,pulau Sumatera,pulau Jawa dan di tanah besar Asia Tenggara.
"Manuskrip ini cuba beritahu,yang harta warisan raja-raja Melayu purba paling berharga masih tersembunyi di sekitar Kepulauan Melayu ini.Radiant Stanford menggelarnya sebagai DIAMONDS OF THE MALA KINGS atau PERMATA RAJA-RAJA MALA,"jelas Ahmad.
"Di mana kertas itu ditemui?Dalam buku diari kau ya,Ahmad?"soal Siti berseloroh.Ahmad mencebikkan bibirnya sahaja lalu memberi penjelasan.
"Ketua Radiant Stanford beritahu yang dia jumpa ini di dalam ruang bawah tanah di istana lama dekat Johor Bahru,beserta manuskrip Melayu lama yang dijumpai dekat sana.Manuskrip-manuskrip itu semua diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara,tapi manuskrip ini ....errr....dia simpan beserta puluhan lagi manuskrip lain,yang dia kata nak buat kajian ke atasnya.Dia serahkan satu ini sahaja pada aku,"
"Mana tahu itu bukan high shriner punya.Mungkin kau ambil kertas buruk,lukis lepas tu kau cakap ini manuskrip lama.....,"gurauan Siti yang agak berbisa itu menyebabkan shriners lain ketawa.Ahmad tersenyum sahaja walaupun dalam hatinya geram dengan lawak bodoh Siti tadi.
"Okey...aku cabar kita semua buat ujian pentarikhan karbon dekat manuskrip ini,"ujar Ahmad,dalam keadaan geram namun pandai menyembunyikannya.Mujur Yazid menenangkan keadaan.
"Dah..dah..jangan nak geram sangat.Siti bergurau saja,takkan engkau nak lebih-lebih pula Ahmad.By the way,mungkin tanda-tanda bulat yang ada dalam peta ini menunjukkan tempat tersembunyinya permata-permata tersebut?"soal Yazid,mengubah topik perbincangan.
'Entah,tapi yang pasti,memang peta ini nak beritahu sesuatu,"kata Ahmad sambil tersenyum dengan 'poyo'nya.
"Ya,ketua Radiant Stanford yang suruh bagi peta ini pada kalian dan dia minta kita kaji dan fikir,apakah yang rasanya ingin disampaikan oleh manuskrip ini,"
"The Last Indiana Jones alive sekarang ini cuba nak beri kita tugasan payah......mungkin dia akan buat ekspedisi arkeologi mencabar pada kita...nak suruh kita cari permata-permata ini semua,"gurau Afrina sambil membetulkan tudungnya.
"Hehh...aku tak mahu pergi buat kerja berisiko dan membahayakan macam dia buat.Kena kejar dengan polis rahsialah,jatuh terperosok dalam perigi butalah,melawat kubur tengah malam....tak payahlah...aku nak berehat saja musim cuti ini,"Siti cuba mengelak dari terjebak dalam dunia arkeologi mencabar seperti yang diguraukan oleh Afrina tadi.
"Ehh...seronok ke apa Siti?Boleh pergi ke luar negaraaa.....,"Afrina bergurau lagi sambil menjelir lidahnya ke arah Siti.
"Kau jangan masin sangat mulut kau......Aku tak nak jadi Indiana Jones macam pak cik Radiant Stanford tu..kau ingat kerja ahli arkeologi ni sempat pergi ke pusat peranginan semua itu?Suka-suka kau saja....,"Siti
membalas gurauan Afrina dengan rasa geram,namun masih lagi tersenyum seolah-olah menyembunyikan kemarahannya.Sempat lagi dia membahasakan ketua mereka,Radiant Stanford sebagai 'pak cik' walaupun
sebenarnya Radiant Stanford tidaklah setua mana,lebih kurang baru berusia 30 tahun ke atas sahaja.Mereka hanya menggelar Radiant sebagai tuan ataupun master sahaja.
"Haiii...daripada kalian bergaduh benda-benda yang tidak berfaedah,lebih baik jika kalian berfikir sedalam-dalamnya mengenai apa yang ingin diceritakan oleh peta ini,"Ahmad cuba mengalihkan perhatian mereka daripada bergaduh.
Yazid terus mengambil peta ini lalu merenung sejenak melihat peta itu.Tiba-tiba dia tersentak seketika lalu memerhatikan peta itu semula dengan khusyuk.Para shriners lain hanya melihat dengan pelik ke arah Yazid.
Secara tiba-tiba kedengaran suara irama bingit hardstyle yang datangnya dari telefon bimbit milik Ahmad yang berada di dalam poket seluarnya.Ahmad terkemut-kemut cuba mengambil telefon bimbitnya dari dalam poketnya,sementara kawan-kawannya yang lain memandang

************************************************
Secara tiba-tiba kedengaran suara irama bingit hardstyle yang datangnya dari telefon bimbit milik Ahmad yang berada di dalam poket seluarnya.Ahmad terkemut-kemut cuba mengambil telefon bimbitnya dari dalam poketnya,sementara kawan-kawannya yang lain memandang
Selasa, 5 November 2013
NUSANTARA ADVENTURES:EPILOG
25 November 2017
SMK Bandar Seri Millenia,Bandar Seri Millenia,
Kuala Lumpur
Hari ini mungkin merupakan hari paling gembira buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Millenia.Hal ini demikian kerana hari ini merupakan hari terakhir persekolahan pada tahun ini.Selepas itu,warga sekolah akan bercuti panjang,selama lebih kurang dua bulan.Masa cuti yang panjang ini boleh dimanfaatkan dengan tujuan aktiviti berfaedah oleh para pelajar.Para guru juga berasa gembira kerana tempoh dua bulan selepas ini cukup untuk mereka meluangkan masa dengan keluarga mereka,di samping sibuk dengan tugasan mereka sebagai pendidik.Masing-masing di sekolah mempunyai pelan tersendiri bagi menghabiskan masa lapang mereka.
Ketika waktu awal pagi pada hari tersebut,di bilik tingkatan 2 Baiduri,kelihatan seorang pelajar lelaki di satu sudut kelas memakai baju uniform pengawas sekolah dan bertali leher segak sedang khusyuk membaca salinan sebuah jurnal sejarah di notebooknya.Matanya langsung tidak berkerdip walau seketika dan mulutnya terkumat-kamit membaca setiap perkataan yang tertera dalam skrin notebooknya itu.
Jurnal tersebut ditulis oleh seorang underground-Malay historian,menceritakan mengenai misteri sejarah Melayu yang hilang di Segenting Kra.....
"SEJARAH MELAYU DI SEGENTING KRA IBARAT SATU JIGSAW PUZZLE YANG MEMENINGKAN SERTA PENUH DENGAN MISTERINYA YANG UNIK DAN TERSENDIRI...."
Matanya terpaku sebentar kepada ayat tersebut.....
Ahmad mula berasa tidak selesa punggung.Dia berdiri sekejap kemudian duduk semula dengan posisi yang lebih selesa.Jari-jemarinya diletakkan di paras dagu sambil memusingkan butang skrol pada tetikus.Gambar peta Segenting Kra muncul pada peta tersebut.Nama-nama daerah di Segenting Kra asalnya dari perkataan bahasa Melayu,namun selepas kemaraan imigran muda ke Tanah Besar Asia Tenggara selepas itu,nama-nama ini semuanya ditukar samada berbaur keThaian atau keBurmaan.
Banjaran Tenang Siram/Tanah Sari = Banjaran Tennaserim/Tanintharyi
Nagara Sri Dharmaraja = Nakhon Si Thammarat
Ghraibi = Krabi
Singgora = Songkhla
Chaiya=Cahaya
Ahmad mula mengelamun sebentar.Fikirannya mula beralih ke tempat lain.
*************
"Woi,Ahmad!Kau buat apa tuu?!!"jerkah satu suara secara tiba -tiba.
Lamunan Ahmad terhenti secara tiba-tiba.Tangannya yang sedang enak duduk di paras dagu menghempas ke atas meja.Matanya memerhatikan dengan tajam ke arah pemilik suara tersebut.
'Cis,kau rupanya Megat!Nasib baiklah aku tak kena sakit jantung lagi.Kuat benar suara kau!"getus Ahmad.
Megat hanya ketawa kecil.Mungkin reaksi Ahmad yang terkejut sedikit mendengar jerkahannya yang kuat itu,kemudian cuba 'kontrol hensem' menggelikan hatinya.Ahmad hanya memandang dengan perasaan geram ke arahnya sambil mencebikkan bibirnya.
Megat lalu membuka pertanyaan."Eii...khusyuk engkau tengah membaca ya,sampai mengelamun jauh...Eh,jurnal apa yang kau baca tu?"
Megat kemudiannya menghampiri Ahmad.Dia melihat tajuk artikel tersebut........
THE SACRED HISTORY OF THE ISTHMIAN MALAY
"Laa...inikah yang buatkan engkau mengelamun panjang tadi?Bukankah sejarah mengenai Melayu Segenting Kra ini senang sahaja buat kau?Kenapa perlu tengok lagi?"tanya Megat kepada Ahmad.
"Aku tahu....tapi....,"balas Ahmad tetapi dicelah oleh Megat.
"Kemahiran engkau mengenai sejarah Segenting Kra amat dikagumi oleh shriners lain.Engkau tahu siapa sebenarnya raja Melayu dari Batu Wangian yang menyerang Sri Lanka,siapa putera Melayu yang ditabalkan menjadi raja di Empayar Khmer ,siapakah pemegang gelaran Maulimalaraja dan Sri Santan Naga Nahud dan semuanya sekali berkaitan dengan Isthmian Malay ni.Takkan benda yang senang macam ini pun nak kena recall balik?"Ahmad lalu menarik nafas sejeda lalu menghembuskannya kembali,kemudian memandang ke arah Megat.

Ahmad lalu menunjukkan gambar peta Segenting Kra yang dilukis oleh pelukis peta British.Dia kemudian menunjukkan satu perkataan di dalam peta itu;Chaiya.
Lah...Chaiya itu ialah nama wilayah Melayu yang sebelumnya digelar Cahaya.Sekarang,wilayah itu dah jadi wilayah Surat Thani dekat Thailand.Kenapa?"soal Megat.
"Aku rasa ada macam pernah ada kerajaan Melayu dekat wilayah itu masa dahulu,wilayah Chaiya,"balas Ahmad sambil menunjukkan satu ayat dalam jurnal tersebut.
Kemungkinan besar terdapat sebuah kerajaan Melayu di wilayah Surat Thani,atau lebih tepat lagi di kawasan pekan Chaiya.Rekod Cina memanggilnya sebagai Kia-Lo-Hi.Melalui inskripsi Chaiya,kerajaan ini diketahui sebagai jajahan kerajaan Sridharmaraja...."
"Dan baru aku perasan,dalam buku diari Radiant Stanford,aku jumpa ayat berbunyi,
Adapun sebuah kerajaan bunga melur di wilayah Cahaya,
Lahir srikandi gagah perkasa,
akhirnya ratu Tanah Serendah Sekebun Bunga......
"Aku rasa macam ada peristiwa besar pernah berlaku dekat sana,"kata Ahmad.
"Haha......gaya engkau mengelamun ini macam orang angaulah...kau teringat dekat si Siti kan?"usik Megat dengan mengaitkan Ahmad dengan rakan perempuan sekelasnya,Siti yang amat terkenal dengan kecantikan dan kepandaiannya.
"Engkau ini biar betul Megat?Tak ada orang lainkah yang engkau boleh kaitkan dengan aku?Asyik-asyik dengan dia ja.......,"Ahmad tidak melenting sebaliknya hairan apabila Megat mengusiknya sebegitu,kerana sudah banyak kali Megat suka mengusiknya dengan mengaitkan dia dengan Siti sahaja.
"Erkkk....,"Megat tidak membalas jawapan Ahmad.Ahmad pula yang tersengih-sengih.Mungkin dalam hatinya puas membahan orang yang selalu membahannya selama ini.
Kemudian,seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas tersebut.Pelajar tersebut bernama Adriana,rakan sekelas Ahmad dan Megat serta kawan baik Siti.
"Asalamualaikum,semua,"Salam dari Adriana dibalas jawapannya oleh Megat dan Ahmad.
"Eh,kau orang buat apa dekat sini?"soal Adriana.
"Tak ada apa-apa,sedang seronok mengacau orang yang mengelamun jauh sampai ke Surat Thani,"Megat membalas pertanyaan Adriana sambil menjeling ke arah Ahmad.
Ahmad yang dari tadi membaca jurnal dalam notebooknya,hanya menjelir lidahnya sambil berkata;
"Seronokkah mengusik kalau orang yang diusik ini tak melayan satu apa pun usikan orang itu?"
Adriana yang menuju ke arah mejanya,berhenti melihat apa yang dibaca oleh Ahmad di dalam notebooknya.
"Eish..kau tak rasa bahayakah membaca bahan-bahan rahsia macam ini di tempat awam macam ni?Kau nak rahsia kau sebagai secret underground-historian ini terbongkar?"tanya Adriana dengan rasa bimbang.
"Alahai....siapa yang nak bongkarkan rahsia aku dekat sekolah ini?"tanya Ahmad kehairanan sambil mengerutkan dahinya.
"Pekerjaan kau sebagai techno-historian ini sebenarnya rahsia besar.Aku dengar biasanya secret historian macam kita ini,ada yang diburu oleh pihak musuh untuk mendapat informasi dari kita,tahu tak?"bisik Adriana kepada Ahmad.
"Laa..berani ke pihak musuh tu nak datang sekolah ini?Diorang kena berdepan dengan pengetua atau cikgu disiplin dulu la.Ingat diorang ini siapa?"Ahmad mula bercakap besar sambil tersengih-sengih memandang ke arah Megat dan Adriana yang terkejut mendengar kata Ahmad itu.
"Engkau cakap besarlah,Mad.Nanti jadi benda tak elok kat kau,baru kau tahu langit ini tinggi ke rendah.Aku dah nasihatkan engkau dah...,"balas Adriana
Semua orang di sekolahnya termasuk rakan-rakannya di kalangan ahli techno-historian,tahu bahawa Ahmad seseorang yang agak keras kepala sedikit dan kadangkala suka bercakap besar.Tetapi kali ini,percakapannya yang lepas cakap itu membuatkan Megat dan Adriana sangat bimbang.Ini adalah kerana mereka semua adalah ahli organisasi techno-historian,yang merupakan salah satu organisasi sejarahwan rahsia paling tersembunyi di samping puluhan lagi organisasi sejarahwan muda rahsia lain di dunia ini.
"Manalah si Siti ni?Agak-agaknya kalau tak ada dia ni,macam-macam benda boleh jadi,kan Ahmad?"tanya Megat sambil matanya memandang ke arah Ahmad sambil tersengih seperti kerang busuk.
************************************************************
Tiba-tiba daun pintu kelas mereka dibuka.Datang seorang perempuan masuk ke dalam.Perempuan itu memberi salam kepada semua yang ada di dalam kelas itu.Suara perempuan tersebut dapat ditangkap oleh Ahmaddan terus menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Waalaikumsalam,Siti...........errr.....,"tiba-tiba sahaja Ahmad terkedu melihat perempuan tersebut.Memakai beret di atas kepalanya,tidak lain tidak bukan perempuan itu ialah Siti sendiri.Namun,terdapat kelainan kepada penampilan Siti pada hari ini.
"Siti,macamana muka kau boleh jadi putih semacam ni?Kau pakai bedak apa ni?"tanya Ahmad kehairanan.
"Ehh...mana ada bedaklah....sebenarnya,selepas habis sahaja buat kajian kat Underground Lab itu,aku dengan Nana pergi buat rawatan kulit tradisional dekat emak Nana,kan Nana?"jelas Siti kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Ahmad.
"Ha ah......,"balas Adriana yang juga mesra dipanggil sebagai Nana di kalangan rakan sebayanya,termasuk Siti.
Megat tiba-tiba datang ke arah Siti sambil membetulkan tali lehernya .Ahmad cuma memerhatikan Megat berjalan dengan gaya 'poyo'nya ke arah Siti dengan perasaan geram.Megat berpura-pura batuk sebelum dia bercakap dengan Siti;
"Maaf,Siti...Emmm...boleh tak kalau....,"kata Megat dengan poyonya kepada Siti sebelum dicelah oleh Ahmad.
"Maaf,Siti.Boleh tak kalau kita pergi makan-makan sebentar petang ini?Kita nak bincang sikit pasal kajian kita.Aku boleh panggil Yazid dan Afrina tumpang sekali kalau boleh.Dekat temapt biasa pukul dua petang.Don't tell anybody about this,because this meeting is a secret."soal Ahmad dengan sopan kepada Siti.
"Emm..tak bolehlah Mad.Masa itu,Siti ada hal penting sedikit.Bagaimana pula kalau pukul tiga petang?"Siti kemudian mengenyitkan matanya kepada Ahmad dengan mesra.
"Boleh juga.Jangan lupa bawa bahan kajian sekali,mana-mana yang patut,"Dia turut mengenyitkan mata juga kepada Siti,dengan lagak seorang lelaki bergaya.Megat dan Adriana terkejut melihat telatah pelik mereka hari ini.
Mereka pun beredar menuju ke tempat masing-masing.Ahmad yang duduk di tempatnya di belakang kelas,
sempat melambaikan tangannya kepada Siti.Siti hanya tersenyum kecil sahaja melihatnya.adriana yang duduk di sebelah Siti cuma memandang penuh kehairanan.
Sejurus selepas itu,Cikgu Saifulislam masuk ke dalam kelas,bersama para pelajar lain.Beliau mendapati bahawa Ahmad,Megat,Siti dan Adriana di dalam kelas.Seolah-olah merasakan kejanggalan,beliau lalu membuka pertanyaan.
"Aikk,awalnya kalian duduk dalam kelas hari ini?Mentang-mentanglah esok cuti panjang,"tanya Cikgu Saifulislam kehairanan.
"Yalah,cikgu.Semangat nak cuti...,"
"Sudah,duduk di tempat masing-masing,kita akan mulakan kelas sebentar lagi,"arah Cikgu Saifulislam kepada Ahmad dan juga pelajar lainnya untuk duduk di tempat mereka.
Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Saifulislam mengajar para pelajarnya pada tahun ini.Setelah semua pelajar duduk dengan tenang di tempat masing-masing,Cikgu Saifulislam pun daqtang ke hadapan lalu memberi sedikit nasihat kepada para pelajarnya.
"Okey,para pelajar.Sedia maklum diketahui bahawa hari ini merupakan hari terakhir buat kamu di sekolah pada tahun ini,sebelum kamu bercuti panjang selama dua bulan.Saya minta kepada sesiapa yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti ini,jaga keselamatan diri dan berhati-hati.Luangkan masa cuti anda dengan perkara berfaedah.Jangan sesekali cuba melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merbahaya,yang akhirnya membawa mudarat pada diri sendiri,'pesan Cikgu Saifulislam ringkas.Namun jauh di dalam benak hati Ahmad,dirinya seolah-olah sedang menantikan pengembaraan epik yang besar nanti.
Tiba-tiba dia terbayangkan gerak lemah gemalai penari tarian Menora dan kaitannya dengan kekuasaan Maharaja Melayu Sriwijaya,lambang ayam serama pada batu nisan makam Sultan Hasanuddin di Kerajaan Gowa,Sulawesi.
........Dia juga terbayangkan serangan kapal angkatan tentera laut Kesultanan Demak di Jawa menyerang penempatan Portugis di Melaka dan melihat kelibat Laksamana Hang Tuah,dalam samar-samar seperti kabus berdiri di belakang Yamtuan Raja Haji,pahlawan Bugis abad ke 17.
*************************************
"Ahmad,are you okay?"Lamunan Ahmad sekali lagi terhenti apabila bahunya ditepuk di belakang oleh Megat.
"Oh,tak ada apa-apa.Aku cuma mengelamun biasa saja;"jelas Ahmad dengan gelisah kepada Megat yang duduk di belakangnya.Megat tersenyum sahaja mendengar penjelasan Ahmad itu.
"Aku tahu itu bukan lamunan biasa engkau,Mad.Engkau mesti mengelamun pasal sejarah Melayu.Aku yang mengkaji sejarah Melayu pagi petang,tak ada pun penyakit macam kau ni,"
"Tak apalah,Mad.Petang nanti engkau luahkanlah semua isi lamunan engkau itu ya.Aku tak boleh serati kalian.Aku ada urusan sikit,"jelas Megat sambil menepuk bahu Ahmad.Di samping Megat,Adriana juga tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting,yang semestinya tidak boleh dielakkan.
Ahmad kemudian mengalihkan semula penglihatannya ke hadapan kelas dengan keadaan diam seribu bahasa.Dia sepatutnya tidak mengelamun panjang memikirkan benda yang bukan-bukan.Dia sepatutnya memikirkan apakah yang perlu dibawa pada mesyuarat rahsia petang ini,untuk dikongsi bersama para shriners lain.
Kebijaksanaan dan kemahiran Ahmad dalam bidang pengkajian sejarah Melayu sangat dikagumi.Potensinya sangat besar dalam arena pengkajian sejarah Melayu.Jika budak-budak lain yang sebaya dengannya sekadar mampu mempelajari sejarah Melaka hingga era kemerdekaan,seperti silibus dalam buku teks sekolah,Ahmad telahpun mahir dalam kesemua cabang dalam sejarah Melayu setanding pelajar universiti.Itulah bakat terpendam dalam diri Ahmad.Namun,kemahirannya yang sangat besar dan berharga ini terpaksa disembunyikan dari kacamata umum,termasuk dari ibu bapanya sendiri untuk memastikan keselamatan dirinya dari ancaman orang lain,terutamanya musuh senyap yang berniat buruk terhadapnya.
Selain Ahmad,terdapat tiga orang pelajar lain di sekolah itu dan rakan sekelas Ahmad,mempunyai kemahiran dan bakat yang sama dengannya.Siti,Megat dan Adriana juga adalah antara pengkaji sejarah Melayu paling muda,namun terpaksa juga menyembunyikan kemahiran mereka.Ahmad dan rakan-rakannya merupakan ahli sebuah organisasi rahsia sejarahwan muda yang juga digelar sebagai organisasi techno-historian.
Organisasi techno-historian adalah organisasi rahsia yang mengumpulkan pakar sejarah muda berbakat atau children prodigy untuk mengkaji sejarah Melayu.Organisasi ini bergerak secara rahsia dan ditaja oleh kerajaan.Ahli organisasi ini,yang digelar sebagai shriners,berjumlah seramai enam orang.Para shriners terdiri daripada Ahmad,Siti,Megat,Adriana dan dua orang lagi shriners sejarah dari Putrajaya,iatu Afrina dan Yazid.Organisasi ini diketuai oleh seorang bekas ahli arkeologi rahsia yang handal bertaraf high shriner.Beliau lebih dikenali sebagai RADIANT STANFORD.
PETA MISTERI PENGHUBUNG MASA LAMPAU DAN MASA HADAPAN
Maharaja di Gunung
Raja Penguasa di Pulau
Adapun gelar itulah
Raja-raja besar zaman dahulukala
Kerajaanya besar tidak terkira
Rakyatnya pula,tidak terkira jumlahnya
harta emasnya,berketi-keti banyaknya....
Bangsa Malayu bangsa beraja,
Nusa Antara Malayu negeri orang beraja
Raja-Raja Melayu daulatnya tinggi amatnya..
Adapun raja besar ada daulatnya,
Adapun raja besar ada harta warisannya,
tiada hartanya lebih berharga,
Dari permata ajaib berharga..
50 RAJA BESAR BANGSA BUNGA-BUNGAAN
WANGIAN HILANG SEMERBAK DI TIMUR JAUH
50 PERMATA PENINGGALAN RAJA-RAJA
PERMATA BERNILAI AJAIB KUASANYA
...........
..............
...................
..............
...........
50 permata ajaib berharga
milik 50 raja-raja Melayu bertakhta?
Isnin, 4 November 2013
MENGENAI TECHNO-HISTORIAN
TECHNO-HISTORIAN SOCIETY
Secret Society for The Malay Young Historians :D
Salam sejahtera semua,
Melayu,itulah nama sebuah bangsa besar yang menghuni di wilayah kepulauan yang terletak di hujung timur dunia.Bangsa ini merupakan bangsa yang istimewa,di mana bangsa ini pernah membina tamadun yang bertaraf tinggi,membina empayar yang besar,menguasai jaluran perdagangan di Timur Jauh,menjadi orang tengah dalam perdagangan antarabangsa,menguasai lubuk kekayaan sumber hasil bumi,mengharungi samudera dan memiliki taraf kesenian yang tinggi,baik dari zaman sebelum Islam atau sesudahnya.
Kita telah membina sejarah yang agung.Dari Tanah Besar di IndoChina sehingga ke Hawaii,bangsa kita digeruni dan disegani oleh bangsa-bangsa lain.Kita pada zaman dahulu mampu dan berjaya membina pelabuhan antarabangsa,mampu membina kapal-kapal besar dan mengahntar utusan diplomatik ke pelbagai jenis tamadun agung yang lain di dunia seperti tamadun India,China,Parsi,Turki malahan sampai ke benua Eropah.
Masalahnya,pada zaman langit terbuka ini,pada zaman teknologi maklumat(IT)dan multimedia kini,adakah kita,bangsa Melayu yang agung ini,mengetahui sejarah nenek moyang kita?Berapa ramai di kalangan anak Melayu Islam itu sendiri,yang tahu mengenai kebesaran dan keagungan kerajaan kita pada zaman dahulu?Sesungguhnya kebanyakan anak Melayu kini telah menghidap satu penyakit yang kronik dan sukar diubati,
yang menghinggapi keturunan mereka sejak zaman penjajahan dan kolonialism lagi.Penyakit inilah yang menjadikan Melayu kini lemah jati diri mereka,lemah keteguhan iman mereka dan menjadi buta sejarah.
Penyakit itu adalah Inferiority.....
Pada zaman kolonialism dan penjajahan kuasa Barat ke atas Nusantara ini,banyak khazanah sejarah Melayu dibongkar dan dibawa balik ke negara mereka sementara pembesar-pembesar Melayu sibuk bertelagah sesama sendiri demi kekuasaan.Ada di kalangan mereka memusnahkan kota-kota Melayu purba,tembok-tembok,masjid-masjid dan lain-lain lagi khazanah sejarah Melayu berharga yang lain.Kitab-kitab ilmu
berharga,prasasti,surat-surat,perjanjian-perjanjian,manuskrip dan bahan sastera Melayu pula semuanya diangkut masuk ke dalam kapal-kapal besar mereka dan berlayar pulang ke negara mereka.Malangnya orang Melayu pada zaman itu langsung bersikap acuh tak acuh malahan ada yang menolong mereka.Ratusan tahun penjajahan mereka ke atas orang Melayu sudah cukup bagi mereka untuk melaksanakan perkara terkutuk itu.
Apabila penjajah memberi kemerdekaan kepada bangsa Melayu dan membenarkan bangsa ini memegang tampuk politik dan kekuasaan di bumi mereka sendiri,orang Melayu pada masa itu ibarat baru keluar dari lohong hitam dan lupa semuanya.Walaupun umat Melayu menuju ke arah zaman pemabngunan di negara masing-masing,namun mereka kebanyakannya lupa asal-usul,menghidapi penyakit buta sejarah yang kronik dan malas mengkaji sejarah nenek moyang kita.
Penyakit buta sejarah orang Melayu terserlah apabila sesetengah dari bangsa pendatang di Tanah Melayu ini,yang bersifat ultra-kiasu mula bijak memutar-belit sejarah Melayu dengan teruk sekali.Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat,yang menjadi kebanggaan umat Melayu Islam,dikatakan berbangsa Cina dengan
gelaran Hang Too Ah dan Hang Jee Fat.Orang Melayu dituduh pendatang dari Borneolah,Sumateralah,
wilayah Yunnan di Chinalah,apa lah.Sejarah Melayu bermula dari Parameswara mengasaskan Kesultanan
Melaka dan orang Melayu merampas tanah semenanjung ini dari tangan Orang Asli?Ini satu pemalsuan sejarah yang melampau.Tetapi malangnya ada juga orang Melayu sendiri yang mempercayai dakwaan tidak berasas ini dan memerhatikan sahaja sejarah bangsanya yang penuh dengan kegemilangan itu dilacurkan dan dijahanamkan.
Ada juga orang Melayu malu mengaku Melayu,konon bersifat rasis terhadap kaum lain atau assobiyah(sifat mengagungkan kaum sendiri melebihi kaum lain).Sejarahwan-sejarahwan kita pula terpaksa merujuk pada jurnal dan catatan sejarah Melayu yang ditulis oleh orang Barat,yang tidak diyakini penuh dengan fakta sepenuhnya.Bangsa yang tiada sejarah masa lalu tidak boleh menghadapi masa depan.
Ikhlas dari,
RADIANT STANFORD
Grand master/High Shriner,
techno-historian

Maka dengan sokongan kerajaan yang sekarang ini,sedar akan kepentingan pembelajaran sejarah Melayu sebenar kepada generasi mudanya,organisasi rahsia pengkajian sejarah Melayu pertama di dunia berjaya ditubuhkan.Organisasi techno-historian akan menjalankan tugasnya mengkaji sejarah Melayu sebenar dan tepat,untuk memastikan kelangsungan bangsa ini di bumi bertuah ini.Di bawah Kuala Lumpur yang menjadi
ibu negara Melayu yang termasyhur di dunia inilah,kami akan mengkaji,menyelongkar,meneroka dan medapatkan fakta sebenar mengenai sejarah anak bangsa kita,samada yang disembunyikan atau diputarbelitkan.Itu adalah tugas kami yang perlu kami junjung dengan erat demi martabat bangsa,agama dan negara.
Organisasi techno-historian mungkin adalah antara historian secret societies yang unik di dunia.Saya sendiri telah dilantik sebagai ketua rasmi organisasi tersebut.Organisasi ini ada kelainannya sedikit.Kami akan memilih kanak-kanak yang terdiri daripada prodigi-prodigi senyap dalam bidang sejarah Melayu.Mereka sangat mahir dan bijak dalam bidang sejarah Melayu,namun kemahiran mereka yang luar biasa itu terpaksa disenyapkan.Seramai 6 orang kanak-kanak genius ini yang kami lantik sebagai shriners dalam organisasi ini.
Kesemua mereka mempunyai kemahiran yang luar biasa.Di saat kanak-kanak sebaya dengan mereka baru sahaja merangkak-rangkak menghafal nama tokoh kemerdekaan,mereka telah dapat menghafal kod-kod tersembunyi dalam sejarah Sriwijaya,dapat menterjemah tulisan Pallava dan Kawi pada batu bersurat dan akhirnya dapat menemui sejarah asal usul Melayu itu sendiri.Sejarah keMelayuan disimpan kemas dalam otak mereka padahal mereka masih muda remaja lagi.Begitu hebatnya kuasa Allah yang mengurniakan prodigi-prodigi muda ini untuk mengekalkan keaslian sejarah umat.Subhanallah.......
Di masa masih muda lagi,mereka telah berkesempatan membuat kajian di Myson,Vietnam,mengkaji kod-kod tersembunyi di bas-relief di Borobodur dan melakukan ujian arkeologi di Lembah Bujang.Dalam keadaan muda sebegitu?Betapa bertuahnya mereka dikurnaiakan bakat sebegitu.Saya cuma berharap agar
merekalah yang akan mara ke barisan hadapan untuk membela sejarah Melayu dan menyedarkan anak bangsa pada masa hadapan.Aminn....
Dengan kebijaksanaan tahap tinggi mereka dan aura misteri yang terdapat di dalam badan mereka,mereka akan membawa kita semua ke alam epik keindahan sejarah bangsa ..dari Madagascar melalui Kepulauan Melayu sehingga ke Hawaii......menikmati keindahan taman kayangan Maharaja Melayu Sriwijaya,merasai bayu angin Pelabuhan Melaka dan memberi semangat kepada kita untuk terus mengharungi cabaran untuk berjaya di masa hadapan nanti..In Sha Allah.....
"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it,"
=George Santayana
RADIANT STANFORD
Grand master/High Shriner,
techno-historian
Jumaat, 1 November 2013
DRAF WATAK-WATAK NUSANTARA ADVENTURES
NUSANTARA ADVENTURES:
THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS
Watak-watak dan Perwatakan
1.AHMAD ESKANDAR(JATI SUKMA)
-Protagonis utama dalam cerita ini
-Masih muda remaja dan berusia belasan tahun
-Merupakan seorang anak muda yang mahir dalam bidang pengkajian sejarah Melayu
-Mempunyai daya pemikiran yang tinggi
-Ahli organisasi rahsia techno-historian iatu salah satu organisasi pengkajian dan penyelidikan mengenai sejarah Melayu
-Seorang yang berani menghadapi risiko tinggi walaupun berbahaya untuk dirinya
-Sangat cerdik,tetapi suka menyembunyikan kecerdikannya dan hanya akan mengeluarkannya pada masa tertentu sahaja
-Bersifat tenang dan penuh rasa tanggungjawab,namun jika amarahnya tidak boleh dipendam,beliau mungkin akan mengamuk
-Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri silat di samping dalam bidang sejarah Melayu
-Selalu diusik oleh rakannya dengan gelaran "Lelaki Melayu Terakhir" keran sifat dan gaya hidupnya yang bersifat keMelayuannya walaupun beliau adalah seorang remaja yang dibesarkan dengan kemodenan.
-Mempunyai darah keturunan bangsawan Melayu-Bugis
-Seseorang yang suka tidur dan kuat membaca
2.SITI HUMYRA (SERI SUTRAMAWARNI)
-Deuterogonis utama dalam cerita ini di samping kawan rapat Ahmad,Megat
-Seorang perempuan yang lemah lembut,agak cantik dan berbudi bahasa
-Sepertimana Ahmad,beliau juga seorang pengkaji cilik yang mahir mengkaji sejarah Melayu
-Ahli organisasi techno-historian dan suka memakai beret di atas kepalanya
-Berbeza dengan Ahmad,beliau seorang yang cekap menyelesaikan masalah.Ahmad hanya berharap padanya untuk menyelesaikan masalah yang besar dan rumit
-Seorang yang petah bercakap dan sentiasa happy-go-lucky hingga kadang-kadang menimbulkan rasa tidak selesa pada Ahmad.
-Mudah merajuk dan biasanya Ahmadlah yang berjaya memujuk dan mengawal emosinya
-Sangat obses mengkaji sejarah Melayu dan bunga-bungaan.
-Ada menyimpan perasaan terhadap Ahmad
-Ada menyimpan perasaan terhadap Ahmad
3.MEGAT HAFIZUDDIEN
-Rakan karib Ahmad sejak kecil lagi.
-Beliau berpewatakan ceria dan selalu berfikiran positif
-Beliau suka menyakat kawan-kawannya terutamanya Ahmad,yang terkenal sebagai seseorang yang sensitif dan mudah terasa.
-Juga merupakan salah seorang ahli organisasi techno-historian
-Seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum serta pakar dalam bidang pengkajian linguistik dan etnografi Melayu.
-Bertubuh sasa dan juga seorang yang sangat menjaga amalan pemakanannya.
-Beliau juga merupakan rakan seperguruan Ahmad dalam mempelajari silat dengan seorang guru silat di kawasan tempat tinggal mereka.

4.RADIANT STANFORD
-Ketua rasmi organisasi techno-historian yang berpangkalan di makmal bawah tanah di sebuah perpustakaan besar di pusat bandaraya Kuala Lumpur.
-Merupakan salah seorang ahli arkeologi yang bekerja secara rahsia dengan kerajaan.
-Menjumpai sehelai manuskrip Melayu lama di ruang bawah tanah di sebuah istana lama di Johor Bahru.Manuskrip itu menceritakan mengenai permata-permata ajaib yang berharga kepunyaan 50 raja-raja Melayu purba.
-Seorang manusia yang mempunyai prinsip hidup yang tinggi,berdisiplin dan suka menepati masa.
-Suka membuli Ahmad dengan pelbagai tugasan berat dan kadangkala Ahmad berjaya mengenakannya semula.
-Mengakui pernah masuk ke dalam kawasan rahsia di sekitar Thailand,Indonesia dan Kemboja untuk mencari khazanah sejarah Melayu yang tersembunyi.
-Sentiasa mengambil berat dan menjaga keselamatan anak buahnya dari ancaman pihak lain yang berniat jahat terhadap mereka,khususnya dari kumpulan Da Communio.
-Mempunyai banyak musuh dan namanya dikatakan disenarai-hitamkan di sesetengah negara.namun begitu,beliau tetap tenang dan tidakpernah gentar terhadap ancaman tersebut.
-Asal-usul dan latar belakang kehidupannya masih menjadi misteri,di samping pekerjaanya sebagai ketua organisasi dan ahli arkeologi rahsia yang bekerja dengan kerajaan.
5.PUTERI CHAMPAKA SARI
-Merupakan seorang watak perempuan misteri yang muncul di pertengahan cerita.
-Diselamatkan oleh Ahmad dan akhirnya dijaga dan diberi perlindungan di dalam makmal bawah tanah
-Merupakan bekas tahanan kumpulan De Communio sebelum melarikan diri dan bertembung dengan Ahmad.
-Seorang yang pendiam dan suka memendam rahsia dengan orang lain.
-Mengetahui lokasi permata-permata Raja-Raja Mala disembunyikan namun beliau tidak memberitahu secara terang-ternagan,sebaliknya dengan pantun,madah,sajak atau gurindam.
-Merupakan "aset"penting bagi kumpulan techno-historian dalam mencari permata-permata tersebut.
-Memendam perasaanya terhadap Ahmad dan sekaligus,menimbulkan rasa kurang senang pada Siti yang juga meminati Ahmad.
-Menyimpan rahsia besar mengenai permata-permata tersebut dan beliau juga mengakui bahawa semua darah raja-raja Melayu pemilik permata-permata tersebut ada dalam badannya.
6.KUMPULAN DE COMMUNIO
-Merupakan antagonis dalam cerita ini.
-Mereka bekerja untuk The Elite(identiti rahsia) dan kumpulan ini diketuai oleh The Wiseman.
-Memakai baju perisai besi yang kukuh dan dilengkapi dengan senjata moden.
-Ditugaskan oleh The Elite untuk mencari kesemua permata Raja-Raja Mala untuk mendapatkan kuasanya dengan tujuan mempermudahkan penguasaan dunia.
-Dikatakan sesetengah dari ahli kumpulan ini banyak menjadi ahli orientalis yang banyak memalsukan sejarah dunia,termasuk sejarah Melayu termasuk menyembunyikannya.
-Ketua mereka,The Grand Wiseman merupakan salah seorang The Elite yang mengetuai kumpulan tersebut.
-Merupakan seorang ketua yang tidak mempunyai hati perut,kejam,berhati binatang dan sanggup menghalalkan pelbagai cara untuk mendapatkan matlamatnya.
-Salah seorang pemalsu dan pemutar-belit sejarah Melayu yang hebat,menurut Radiant Stanford dan disyaki mempunyai ilmu sihir yang kuat
-Mempunyai masa silam yang gelap dan samar-samar dengan Radiant Stanford
WATAK SAMPINGAN
7.YAZID SHAFIMIEY,AFRINA DAN ADRIANA
-Kesemua mereka adalah pengkaji sejarah Melayu cilik dan ahli organisasi techno-historian.
-Yazid dan Afrina merupakan pelajar terbaik sekolah mereka di Putrajaya manakala Adriana merupakan rakan sekelas Megat di sekolah di Kuala Lumpur.
8.WATAK-WATAK SEJARAH MELAYU NUSANTARA
Antara watak-watak penting dalam sejarah Melayu Nusantara yang akan muncul dalam novel ini.......
50 raja-raja agung Melayu dari 50 kerajaan gemilang bangsa Melayu
Putera Melayu yang menjadi raja di kerajaan Khmer
Puteri Mayang Mengurai dan Puteri Po Nagar
Mangkubumi agung Nusantara
Pasukan srikandi berani dan gagah di Segenting Kra
Paduka Raja dan Dato Laksamana agung,penjaga pelabuhan
dan watak-watak dari bangsa lain seperti Thai,Khmer,Mon,Burma,Dai-Viet,Portugis,Belanda dan Inggeris yang pernah berinteraksi dengan orang Melayu dan mencatat sejarah dalam ingatan orang Melayu,samada melalui perkahwinan diraja,perdagangan,peperangan atau penjajahan........
Nantikan pengembaraan sejarah merentasi zaman ke seluruh Kepulauan Melayu,untuk mencari permata-permata ajaib dari dirampas oleh anasir jahat yang durjana.Membongkar rahsia raja-raja Melayu,rahsia orang berdagang dan orang musafir.Mencari permata-permata raja-raja yang akhirnya membuka jalan ke satu Utopia yang disembunyikan.
Sekian terima kasih :D
Raja Ariff Danial
7.11 a.m
2 November 2013
Khamis, 31 Oktober 2013
SINOPSIS PENDEK:NUSANTARA ADVENTURES
NUSANTARA ADVENTURES:
THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS
Sinopsis Pendek
Ahmad(Jati Sukma)dan Siti(Seri Sutramawarni) masing-masing muda remaja,merupakan sejarahwan muda yang bekerja untuk organisasi techno-historian,yang ditaja secara rahsia oleh kerajaan.Walaupun sibuk dengan urusan seharian mereka sebagai pelajar sekolah(?),namun mereka masih lagi dapat meluangkan masa untuk mengkaji sejarah,terutamanya sejarah kekuasaan empayar Melayu dan kekuasaan raja-raja Melayu pada zaman dahulu,di mana bidang pengkajian sejarah Melayu merupakan bidang profesionalisme mereka sendiri dalam organisasi tersebut.
Musim cuti persekolahan akhir tahun yang dinantikan oleh mereka akhirnya tiba jua.Akhirnya mereka dapat meluangkan masa mereka untuk berehat dan mengkaji sejarah Melayu tanpa gangguan selama dua bulan.Bersama-sama rakan sekerjaya mereka yang juga kebanyakannya pelajar sekolah seperti mereka,Megat,Afrina,Yazid dan Adriana,mereka berusaha mencari tugasan pengkajian sejarah Melayu yang mencabar.
Ketua organisasi techno-historian,Radiant Stanfort akhirnya memanggil mereka untuk menyertai satu ekspedisi rahsia untuk mencari 50 PERMATA RAJA-RAJA MALA yang hilang.Mereka perlu mengembara ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari kesemua 50 Permata Raja-Raja Mala tersebut berpandukan sehelai inskripsi lama bertulisan jawi yang ditemui di ruang bawah tanah sebuah istana lama di selatan tanah air.Namun bukan senang untuk mencari permata Raja-Raja Mala yang dikatakan berkuasa ajaib ini kerana mereka selalu dihalang oleh kumpulan Da Communio yang bekerja untuk The Elite,untuk menggunakan kuasa permata-permata tersebut untuk menguasai dunia.
Ikuti pengembaraan Ahmad,Siti dan rakan-rakannya yang lain dalam pencarian harta raja-raja Melayu yang hilang ini.Pengembaraan yang mencabar ini mungkin tidak sesuai untuk umur mereka namun mereka melakukan semua ini kerana satu sahaja,memastikan sejarah Melayu bertahan untuk tatapan generasi Melayu akan datang.Dengan kuasa ajaib permata tersebut,mereka dapat merentas zaman dan melangkaui zaman,bertemu dengan raja-raja Melayu agung pada zaman dahulu dan menyaksikan sendiri sejarah terukir di depan mata untuk membantu mereka menyelesaikan misteri berselirat sejarah asal usul Melayu yang kononya berasal dari satu benua besar.
Nusantara Adventures:
The Chronicles of The Mala Kings
Hak Cipta Terpelihara:
Raja Ariff Danial
1 November 2013
Novel Nusantara Adventures:The Chronicles of The Mala Kings hanyalah sebuah cerita fiksyen dan rekaan penulis semata-mata.Segala watak moden yang diceritakan di dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan hidup atau mati.AKAN TETAPI ADA SESETENGAH FAKTA,TEORI DAN WATAK MENGENAI SEJARAH MELAYU YANG INGIN DIKETENGAHKAN OLEH PENULIS DI DALAM CERITA INI ADALAH BENAR DAN BOLEH DIRUJUK PADA ORANG-ORANG YANG PAKAR.Novel ini hanyaklah sebuah cerita dongeng sahaja dan tidak harus menjadi kepercayaan dan keyakinan kepada para pembaca.
Nantikan post seterusnya... :)
Sekian
Isnin, 28 Oktober 2013
PENGENALAN
NUSANTARA ADVENTURES : THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS
nusantaraadventures.blogspot.com
"Okey Mad,Apakah perkara yang kita ingin dibincangkan hari ini?"soal Yazid,membuka perbincangan antara shriners di dalam bilik tersebut.
"The Treasures of The Kings," jawab Ahmad secara bersahaja,mengundang perasaan ingin tahu para shriners yang lain.
"Maksud kau,harta raja-raja Melayu yang hilang?" tanya Yazid,meminta kepastian.Ahmad cuma menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
********************************
"Apalah nasib bangsa aku kini.Aku ingatkan pada zaman internet dan komunikasi ini,Melayu makin bertamadun dan maju pemikirannya tetapi sangkaan aku meleset sama sekali.Melayu makin terjajah pemikirannya.Ada juga yang buta sejarah,tidak tahu asal-usul.Konon kita asal dari Sumateralah, apalah.Sakit hati pula aku tengok semua kebodohan ini,sampai bangsa lain boleh ambil kesempatan ke atas kita,"jeritan batin Ahmad mula bersuara apabila dia terkenangkan saat dia membaca kenyataan seorang sejarahwan Malaysia mengenai asal usul Melayu yang terdapat dalam akhbar tempoh hari.
"Tidak mengapa,aku akan terima tugasan berat ini untuk kelangsungan sejarah bangsaku.Kalau aku mati,mungkin matiku tidak berpusara.Ah,tidak mengapa!Biar aku mati,jangan bangsa aku pula yang mati.Aku tetap akan terima tugasan ini!"
********************************
Jati Sukma seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku di hadapan matanya sendiri.Biarpun dia tidak suka pekerjaanya sebagai pengawal elit Bhayangkara di keraton diraja Majapahit,namun apa yang baru dilihatnya sebentar tadi merupakan sebuah peristiwa bersejarah.Peristiwa bersejarah yang menjadi wadah penyatuan rumpun Nusantara.Sebentar tadi,Patih Aria Gajah Mada mengucapkan Sumpah Palapanya dengan lantang dan jelas di hadapan seluruh hadirin yang ada di keraton tersebut,termasuk ratu Majapahit, Ratu Tribhuwana Wijayatunggadewi sendiri.Majapahit kini mempunyai tugas yang besar untuk menyatukan seluruh wilayah Kepulauan Melayu di bawah pemerintahan ratu mereka walaupun Empayar Sriwijaya sebelum mereka juga berjaya menyatukan rumpun Melayu,tetapi kini Majapahit juga ingin melakukan perkara yang serupa.
*********************************
Siti merenung jauh ke arah dinding tembok purba tersebut.Tembok purba tersebut menyimpan 1001 kisah mengenai sebuah kerajaan bangsa Melayu yang masyhur di Segenting Kra.Kekuasannya meliputi seluruh Semenanjung Melayu,sehingga ke Temasik.Rajanya pernah menyeberangi samudera ganas dan menakluk Sri Lanka.Seandainya tembok ini boleh berkata-kata,bolehlah Siti bertanya beberapa soalan padanya.
"Ke mana hilangnya keturunan raja agung tersebut,di mana dalam riwayat sejarah Sri Lanka,baginda digelar The Black King From Jawaka?"
".....apakah yang berlaku di antara kerajaan tersebut dengan kerajaan Sukhotai?"
"........dan siapakah sebenarnya Jatukham Ramathep yang disembah oleh orang Thai sekarang ni?"

Demikian adalah antara sedutan yang terdapat dalam e-novel Nusantara Adventures:The Chronicles of the Mala Kings yang akan dimuatkan dalam blog ini.E-novel ini merupakan buah fikiran dan hasil tulisan asli dari penulisnya mengenai sejarah kegemilangan kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ini,termasuklah di Tanah Besar Asia Tenggara dan Segenting Kra.
Nantikan post yang seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengembaraan merentasi zaman untuk mencari sejarah yang hilang dan disembunyikan.Sejarah kekuasaan raja-raja Melay dan empayar-empayar gemilang mereka.Permata-permata ajaib sebagai penghubung antara generasi kini dan generasi dahulu.
dari runtuhan kuil Champa di Myson,Vietnam
dari taman diraja di Bukit Siguntang
dari balai penghadapan keraton Majapahit
dari tanah perkuburan diraja misteri di Surat Thani
dari dinding relik di Preah Vihear
dari pintu gerbang di wat Mahathat
dari mimbar masjid di Banda Acheh
dari kapal kenaikan Sultan Melaka
dari singgahsana Maharaja Sriwijaya
Saya dengan penuh santun nan susila mempersembahkan.........
NUSANTARA ADVENTURES:
THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS
Melayu kan gagah di Nusantara.......
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)

.jpg)

.jpg)