Ketika waktu awal pagi pada hari tersebut,di bilik tingkatan 2 Baiduri,kelihatan seorang pelajar lelaki di satu sudut kelas memakai baju uniform pengawas sekolah dan bertali leher segak sedang khusyuk membaca salinan sebuah jurnal sejarah di notebooknya.Matanya langsung tidak berkerdip walau seketika dan mulutnya terkumat-kamit membaca setiap perkataan yang tertera dalam skrin notebooknya itu.
Matanya terpaku sebentar kepada ayat tersebut.....
Ahmad mula berasa tidak selesa punggung.Dia berdiri sekejap kemudian duduk semula dengan posisi yang lebih selesa.Jari-jemarinya diletakkan di paras dagu sambil memusingkan butang skrol pada tetikus.Gambar peta Segenting Kra muncul pada peta tersebut.Nama-nama daerah di Segenting Kra asalnya dari perkataan bahasa Melayu,namun selepas kemaraan imigran muda ke Tanah Besar Asia Tenggara selepas itu,nama-nama ini semuanya ditukar samada berbaur keThaian atau keBurmaan.
Ahmad mula mengelamun sebentar.Fikirannya mula beralih ke tempat lain.
"Woi,Ahmad!Kau buat apa tuu?!!"jerkah satu suara secara tiba -tiba.
Lamunan Ahmad terhenti secara tiba-tiba.Tangannya yang sedang enak duduk di paras dagu menghempas ke atas meja.Matanya memerhatikan dengan tajam ke arah pemilik suara tersebut.
'Cis,kau rupanya Megat!Nasib baiklah aku tak kena sakit jantung lagi.Kuat benar suara kau!"getus Ahmad.
Megat hanya ketawa kecil.Mungkin reaksi Ahmad yang terkejut sedikit mendengar jerkahannya yang kuat itu,kemudian cuba 'kontrol hensem' menggelikan hatinya.Ahmad hanya memandang dengan perasaan geram ke arahnya sambil mencebikkan bibirnya.
Megat lalu membuka pertanyaan."Eii...khusyuk engkau tengah membaca ya,sampai mengelamun jauh...Eh,jurnal apa yang kau baca tu?"
Megat kemudiannya menghampiri Ahmad.Dia melihat tajuk artikel tersebut........
Ahmad lalu menunjukkan gambar peta Segenting Kra yang dilukis oleh pelukis peta British.Dia kemudian menunjukkan satu perkataan di dalam peta itu;Chaiya.
Lah...Chaiya itu ialah nama wilayah Melayu yang sebelumnya digelar Cahaya.Sekarang,wilayah itu dah jadi wilayah Surat Thani dekat Thailand.Kenapa?"soal Megat.
"Aku rasa ada macam pernah ada kerajaan Melayu dekat wilayah itu masa dahulu,wilayah Chaiya,"balas Ahmad sambil menunjukkan satu ayat dalam jurnal tersebut.
Kemungkinan besar terdapat sebuah kerajaan Melayu di wilayah Surat Thani,atau lebih tepat lagi di kawasan pekan Chaiya.Rekod Cina memanggilnya sebagai Kia-Lo-Hi.Melalui inskripsi Chaiya,kerajaan ini diketahui sebagai jajahan kerajaan Sridharmaraja...."
"Dan baru aku perasan,dalam buku diari Radiant Stanford,aku jumpa ayat berbunyi,
Adapun sebuah kerajaan bunga melur di wilayah Cahaya,
Lahir srikandi gagah perkasa,
akhirnya ratu Tanah Serendah Sekebun Bunga......
"Aku rasa macam ada peristiwa besar pernah berlaku dekat sana,"kata Ahmad.
"Haha......gaya engkau mengelamun ini macam orang angaulah...kau teringat dekat si Siti kan?"usik Megat dengan mengaitkan Ahmad dengan rakan perempuan sekelasnya,Siti yang amat terkenal dengan kecantikan dan kepandaiannya.
"Engkau ini biar betul Megat?Tak ada orang lainkah yang engkau boleh kaitkan dengan aku?Asyik-asyik dengan dia ja.......,"Ahmad tidak melenting sebaliknya hairan apabila Megat mengusiknya sebegitu,kerana sudah banyak kali Megat suka mengusiknya dengan mengaitkan dia dengan Siti sahaja.
"Erkkk....,"Megat tidak membalas jawapan Ahmad.Ahmad pula yang tersengih-sengih.Mungkin dalam hatinya puas membahan orang yang selalu membahannya selama ini.
Kemudian,seorang pelajar perempuan masuk ke dalam kelas tersebut.Pelajar tersebut bernama Adriana,rakan sekelas Ahmad dan Megat serta kawan baik Siti.
"Asalamualaikum,semua,"Salam dari Adriana dibalas jawapannya oleh Megat dan Ahmad.
"Eh,kau orang buat apa dekat sini?"soal Adriana.
"Tak ada apa-apa,sedang seronok mengacau orang yang mengelamun jauh sampai ke Surat Thani,"Megat membalas pertanyaan Adriana sambil menjeling ke arah Ahmad.
Ahmad yang dari tadi membaca jurnal dalam
notebooknya,hanya menjelir lidahnya sambil berkata;
"Seronokkah mengusik kalau orang yang diusik ini tak melayan satu apa pun usikan orang itu?"
Adriana yang menuju ke arah mejanya,berhenti melihat apa yang dibaca oleh Ahmad di dalam notebooknya.
"Eish..kau tak rasa bahayakah membaca bahan-bahan rahsia macam ini di tempat awam macam ni?Kau nak rahsia kau sebagai
secret underground-historian ini terbongkar?"tanya Adriana dengan rasa bimbang.
"Alahai....siapa yang nak bongkarkan rahsia aku dekat sekolah ini?"tanya Ahmad kehairanan sambil mengerutkan dahinya.
"Pekerjaan kau sebagai
techno-historian ini sebenarnya rahsia besar.Aku dengar biasanya
secret historian macam kita ini,ada yang diburu oleh pihak musuh untuk mendapat informasi dari kita,tahu tak?"bisik Adriana kepada Ahmad.
"Laa..berani ke pihak musuh tu nak datang sekolah ini?Diorang kena berdepan dengan pengetua atau cikgu disiplin dulu la.Ingat diorang ini siapa?"Ahmad mula bercakap besar sambil tersengih-sengih memandang ke arah Megat dan Adriana yang terkejut mendengar kata Ahmad itu.
"Engkau cakap besarlah,Mad.Nanti jadi benda tak elok kat kau,baru kau tahu langit ini tinggi ke rendah.Aku dah nasihatkan engkau dah...,"balas Adriana
Semua orang di sekolahnya termasuk rakan-rakannya di kalangan ahli
techno-historian,tahu bahawa Ahmad seseorang yang agak keras kepala sedikit dan kadangkala suka bercakap besar.Tetapi kali ini,percakapannya yang lepas cakap itu membuatkan Megat dan Adriana sangat bimbang.Ini adalah kerana mereka semua adalah ahli organisasi
techno-historian,yang merupakan salah satu organisasi sejarahwan rahsia paling tersembunyi di samping puluhan lagi organisasi sejarahwan muda rahsia lain di dunia ini.
"Manalah si Siti ni?Agak-agaknya kalau tak ada dia ni,macam-macam benda boleh jadi,kan Ahmad?"tanya Megat sambil matanya memandang ke arah Ahmad sambil tersengih seperti kerang busuk.
************************************************************
Tiba-tiba daun pintu kelas mereka dibuka.Datang seorang perempuan masuk ke dalam.Perempuan itu memberi salam kepada semua yang ada di dalam kelas itu.Suara perempuan tersebut dapat ditangkap oleh Ahmaddan terus menoleh ke arah pemilik suara tersebut.
"Waalaikumsalam,Siti...........errr.....,"tiba-tiba sahaja Ahmad terkedu melihat perempuan tersebut.Memakai beret di atas kepalanya,tidak lain tidak bukan perempuan itu ialah Siti sendiri.Namun,terdapat kelainan kepada penampilan Siti pada hari ini.
"Siti,macamana muka kau boleh jadi putih semacam ni?Kau pakai bedak apa ni?"tanya Ahmad kehairanan.
"Ehh...mana ada bedaklah....sebenarnya,selepas habis sahaja buat kajian kat
Underground Lab itu,aku dengan Nana pergi buat rawatan kulit tradisional dekat emak Nana,kan Nana?"jelas Siti kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Ahmad.
"Ha ah......,"balas Adriana yang juga mesra dipanggil sebagai Nana di kalangan rakan sebayanya,termasuk Siti.
Megat tiba-tiba datang ke arah Siti sambil membetulkan tali lehernya .Ahmad cuma memerhatikan Megat berjalan dengan gaya 'poyo'nya ke arah Siti dengan perasaan geram.Megat berpura-pura batuk sebelum dia bercakap dengan Siti;
"Maaf,Siti...Emmm...boleh tak kalau....,"kata Megat dengan poyonya kepada Siti sebelum dicelah oleh Ahmad.
"Maaf,Siti.Boleh tak kalau kita pergi makan-makan sebentar petang ini?Kita nak bincang sikit pasal kajian kita.Aku boleh panggil Yazid dan Afrina tumpang sekali kalau boleh.Dekat temapt biasa pukul dua petang.
Don't tell anybody about this,because this meeting is a secret."soal Ahmad dengan sopan kepada Siti.
"Emm..tak bolehlah Mad.Masa itu,Siti ada hal penting sedikit.Bagaimana pula kalau pukul tiga petang?"Siti kemudian mengenyitkan matanya kepada Ahmad dengan mesra.
"Boleh juga.Jangan lupa bawa bahan kajian sekali,mana-mana yang patut,"Dia turut mengenyitkan mata juga kepada Siti,dengan lagak seorang lelaki bergaya.Megat dan Adriana terkejut melihat telatah pelik mereka hari ini.
Mereka pun beredar menuju ke tempat masing-masing.Ahmad yang duduk di tempatnya di belakang kelas,
sempat melambaikan tangannya kepada Siti.Siti hanya tersenyum kecil sahaja melihatnya.adriana yang duduk di sebelah Siti cuma memandang penuh kehairanan.
Sejurus selepas itu,Cikgu Saifulislam masuk ke dalam kelas,bersama para pelajar lain.Beliau mendapati bahawa Ahmad,Megat,Siti dan Adriana di dalam kelas.Seolah-olah merasakan kejanggalan,beliau lalu membuka pertanyaan.
"Aikk,awalnya kalian duduk dalam kelas hari ini?Mentang-mentanglah esok cuti panjang,"tanya Cikgu Saifulislam kehairanan.
"Yalah,cikgu.Semangat nak cuti...,"
"Sudah,duduk di tempat masing-masing,kita akan mulakan kelas sebentar lagi,"arah Cikgu Saifulislam kepada Ahmad dan juga pelajar lainnya untuk duduk di tempat mereka.
Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Saifulislam mengajar para pelajarnya pada tahun ini.Setelah semua pelajar duduk dengan tenang di tempat masing-masing,Cikgu Saifulislam pun daqtang ke hadapan lalu memberi sedikit nasihat kepada para pelajarnya.
"Okey,para pelajar.Sedia maklum diketahui bahawa hari ini merupakan hari terakhir buat kamu di sekolah pada tahun ini,sebelum kamu bercuti panjang selama dua bulan.Saya minta kepada sesiapa yang ingin pulang ke kampung halaman sempena cuti ini,jaga keselamatan diri dan berhati-hati.Luangkan masa cuti anda dengan perkara berfaedah.Jangan sesekali cuba melakukan perkara yang tidak berfaedah dan merbahaya,yang akhirnya membawa mudarat pada diri sendiri,'pesan Cikgu Saifulislam ringkas.Namun jauh di dalam benak hati Ahmad,dirinya seolah-olah sedang menantikan pengembaraan epik yang besar nanti.
Tiba-tiba dia terbayangkan gerak lemah gemalai penari tarian Menora dan kaitannya dengan kekuasaan Maharaja Melayu Sriwijaya,lambang ayam serama pada batu nisan makam Sultan Hasanuddin di Kerajaan Gowa,Sulawesi.
........Dia juga terbayangkan serangan kapal angkatan tentera laut Kesultanan Demak di Jawa menyerang penempatan Portugis di Melaka dan melihat kelibat Laksamana Hang Tuah,dalam samar-samar seperti kabus berdiri di belakang Yamtuan Raja Haji,pahlawan Bugis abad ke 17.
*************************************
"Ahmad,are you okay?"Lamunan Ahmad sekali lagi terhenti apabila bahunya ditepuk di belakang oleh Megat.
"Oh,tak ada apa-apa.Aku cuma mengelamun biasa saja;"jelas Ahmad dengan gelisah kepada Megat yang duduk di belakangnya.Megat tersenyum sahaja mendengar penjelasan Ahmad itu.
"Aku tahu itu bukan lamunan biasa engkau,Mad.Engkau mesti mengelamun pasal sejarah Melayu.Aku yang mengkaji sejarah Melayu pagi petang,tak ada pun penyakit macam kau ni,"
"Tak apalah,Mad.Petang nanti engkau luahkanlah semua isi lamunan engkau itu ya.Aku tak boleh serati kalian.Aku ada urusan sikit,"jelas Megat sambil menepuk bahu Ahmad.Di samping Megat,Adriana juga tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan penting,yang semestinya tidak boleh dielakkan.
Ahmad kemudian mengalihkan semula penglihatannya ke hadapan kelas dengan keadaan diam seribu bahasa.Dia sepatutnya tidak mengelamun panjang memikirkan benda yang bukan-bukan.Dia sepatutnya memikirkan apakah yang perlu dibawa pada mesyuarat rahsia petang ini,untuk dikongsi bersama para shriners lain.
Kebijaksanaan dan kemahiran Ahmad dalam bidang pengkajian sejarah Melayu sangat dikagumi.Potensinya sangat besar dalam arena pengkajian sejarah Melayu.Jika budak-budak lain yang sebaya dengannya sekadar mampu mempelajari sejarah Melaka hingga era kemerdekaan,seperti silibus dalam buku teks sekolah,Ahmad telahpun mahir dalam kesemua cabang dalam sejarah Melayu setanding pelajar universiti.Itulah bakat terpendam dalam diri Ahmad.Namun,kemahirannya yang sangat besar dan berharga ini terpaksa disembunyikan dari kacamata umum,termasuk dari ibu bapanya sendiri untuk memastikan keselamatan dirinya dari ancaman orang lain,terutamanya musuh senyap yang berniat buruk terhadapnya.
Selain Ahmad,terdapat tiga orang pelajar lain di sekolah itu dan rakan sekelas Ahmad,mempunyai kemahiran dan bakat yang sama dengannya.Siti,Megat dan Adriana juga adalah antara pengkaji sejarah Melayu paling muda,namun terpaksa juga menyembunyikan kemahiran mereka.Ahmad dan rakan-rakannya merupakan ahli sebuah organisasi rahsia sejarahwan muda yang juga digelar sebagai organisasi
techno-historian.
Organisasi
techno-historian adalah organisasi rahsia yang mengumpulkan pakar sejarah muda berbakat atau
children prodigy untuk mengkaji sejarah Melayu.Organisasi ini bergerak secara rahsia dan ditaja oleh kerajaan.Ahli organisasi ini,yang digelar sebagai
shriners,berjumlah seramai enam orang.Para
shriners terdiri daripada Ahmad,Siti,Megat,Adriana dan dua orang lagi
shriners sejarah dari Putrajaya,iatu Afrina dan Yazid.Organisasi ini diketuai oleh seorang bekas ahli arkeologi rahsia yang handal bertaraf
high shriner.Beliau lebih dikenali sebagai RADIANT STANFORD.