Jumaat, 1 November 2013

DRAF WATAK-WATAK NUSANTARA ADVENTURES




NUSANTARA ADVENTURES:
THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS

Watak-watak dan Perwatakan


1.AHMAD ESKANDAR(JATI SUKMA)

-Protagonis utama dalam cerita ini

-Masih muda remaja dan berusia belasan tahun

-Merupakan seorang anak muda yang mahir dalam bidang pengkajian sejarah Melayu

-Mempunyai daya pemikiran yang tinggi

-Ahli organisasi rahsia techno-historian iatu salah satu organisasi pengkajian dan penyelidikan mengenai  sejarah Melayu

-Seorang yang berani menghadapi risiko tinggi walaupun berbahaya untuk dirinya

-Sangat cerdik,tetapi suka menyembunyikan kecerdikannya dan hanya akan mengeluarkannya pada masa tertentu sahaja

-Bersifat tenang dan penuh rasa tanggungjawab,namun jika amarahnya tidak boleh dipendam,beliau mungkin akan mengamuk 

-Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri silat di samping dalam bidang sejarah Melayu

-Selalu diusik oleh rakannya dengan gelaran "Lelaki Melayu Terakhir" keran sifat dan gaya hidupnya yang bersifat keMelayuannya walaupun beliau adalah seorang remaja yang dibesarkan dengan kemodenan.

-Mempunyai darah keturunan bangsawan Melayu-Bugis

-Seseorang yang suka tidur dan kuat membaca



2.SITI HUMYRA (SERI SUTRAMAWARNI)

-Deuterogonis utama dalam cerita ini di samping kawan rapat Ahmad,Megat

-Seorang perempuan yang lemah lembut,agak cantik dan berbudi bahasa

-Sepertimana Ahmad,beliau juga seorang pengkaji cilik yang mahir mengkaji sejarah Melayu

-Ahli organisasi techno-historian dan suka memakai beret di atas kepalanya

-Berbeza dengan Ahmad,beliau seorang yang cekap menyelesaikan masalah.Ahmad hanya berharap padanya untuk menyelesaikan masalah yang besar dan rumit

-Seorang yang petah bercakap dan sentiasa happy-go-lucky hingga kadang-kadang menimbulkan rasa tidak selesa pada Ahmad.

-Mudah merajuk dan biasanya Ahmadlah yang berjaya memujuk dan mengawal emosinya

-Sangat obses mengkaji sejarah Melayu dan bunga-bungaan.

-Ada menyimpan perasaan terhadap Ahmad



3.MEGAT HAFIZUDDIEN

-Rakan karib Ahmad sejak kecil lagi.

-Beliau berpewatakan ceria dan selalu berfikiran positif

-Beliau suka menyakat kawan-kawannya terutamanya Ahmad,yang terkenal sebagai seseorang yang sensitif dan mudah terasa.

-Juga merupakan salah seorang ahli organisasi techno-historian

-Seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum serta pakar dalam bidang pengkajian linguistik dan etnografi Melayu.

-Bertubuh sasa dan juga seorang yang sangat menjaga amalan pemakanannya.

-Beliau juga merupakan rakan seperguruan Ahmad dalam mempelajari silat dengan seorang guru silat di kawasan tempat tinggal mereka.




4.RADIANT STANFORD

-Ketua rasmi organisasi techno-historian yang berpangkalan di makmal bawah tanah di sebuah perpustakaan besar di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

-Merupakan salah seorang ahli arkeologi yang bekerja secara rahsia dengan kerajaan.

-Menjumpai sehelai manuskrip Melayu lama di ruang bawah tanah di sebuah istana lama di Johor Bahru.Manuskrip itu menceritakan mengenai permata-permata ajaib yang berharga kepunyaan 50 raja-raja Melayu purba.

-Seorang manusia yang mempunyai prinsip hidup yang tinggi,berdisiplin dan suka menepati masa.

-Suka membuli Ahmad dengan pelbagai tugasan berat dan kadangkala Ahmad berjaya mengenakannya semula.

-Mengakui pernah masuk ke dalam kawasan rahsia di sekitar Thailand,Indonesia dan Kemboja untuk mencari khazanah sejarah Melayu yang tersembunyi.

-Sentiasa mengambil berat dan menjaga keselamatan anak buahnya dari ancaman pihak lain yang berniat jahat terhadap mereka,khususnya dari kumpulan Da Communio.

-Mempunyai banyak musuh dan namanya dikatakan disenarai-hitamkan di sesetengah negara.namun begitu,beliau tetap tenang dan tidakpernah gentar terhadap ancaman tersebut.

-Asal-usul dan latar belakang kehidupannya masih menjadi misteri,di samping pekerjaanya sebagai ketua organisasi dan ahli arkeologi rahsia yang bekerja dengan kerajaan.





5.PUTERI CHAMPAKA SARI

-Merupakan seorang watak perempuan misteri yang muncul di pertengahan cerita.

-Diselamatkan oleh Ahmad dan akhirnya dijaga dan diberi perlindungan di dalam makmal bawah tanah

-Merupakan bekas tahanan kumpulan De Communio sebelum melarikan diri dan bertembung dengan Ahmad.

-Seorang yang pendiam dan suka memendam rahsia dengan orang lain.

-Mengetahui lokasi permata-permata Raja-Raja Mala disembunyikan namun beliau tidak memberitahu secara terang-ternagan,sebaliknya dengan pantun,madah,sajak atau gurindam.

-Merupakan "aset"penting bagi kumpulan techno-historian dalam mencari permata-permata tersebut.

-Memendam perasaanya terhadap Ahmad dan sekaligus,menimbulkan rasa kurang senang pada Siti yang juga meminati Ahmad.

-Menyimpan rahsia besar mengenai permata-permata tersebut dan beliau juga mengakui bahawa semua darah raja-raja Melayu pemilik permata-permata tersebut ada dalam badannya.





6.KUMPULAN DE COMMUNIO

-Merupakan antagonis dalam cerita ini.

-Mereka bekerja untuk The Elite(identiti rahsia) dan kumpulan ini diketuai oleh The Wiseman.

-Memakai baju perisai besi yang kukuh dan dilengkapi dengan senjata moden.

-Ditugaskan oleh The Elite untuk mencari kesemua permata Raja-Raja Mala untuk mendapatkan kuasanya dengan tujuan mempermudahkan penguasaan dunia.

-Dikatakan sesetengah dari ahli kumpulan ini banyak menjadi ahli orientalis yang banyak memalsukan sejarah dunia,termasuk sejarah Melayu termasuk menyembunyikannya.




-Ketua mereka,The Grand Wiseman merupakan salah seorang The Elite yang mengetuai kumpulan tersebut.

-Merupakan seorang ketua yang tidak mempunyai hati perut,kejam,berhati binatang dan sanggup menghalalkan pelbagai cara untuk mendapatkan matlamatnya.

-Salah seorang pemalsu dan pemutar-belit sejarah Melayu yang hebat,menurut Radiant Stanford dan disyaki mempunyai ilmu sihir yang kuat

-Mempunyai masa silam yang gelap dan samar-samar dengan Radiant Stanford





WATAK SAMPINGAN

7.YAZID SHAFIMIEY,AFRINA DAN ADRIANA

-Kesemua mereka adalah pengkaji sejarah Melayu cilik dan ahli organisasi  techno-historian.

-Yazid dan Afrina merupakan pelajar terbaik sekolah mereka di Putrajaya manakala Adriana merupakan  rakan sekelas Megat di sekolah di Kuala Lumpur.

8.WATAK-WATAK SEJARAH MELAYU NUSANTARA

Antara watak-watak penting dalam sejarah Melayu Nusantara yang akan muncul dalam novel ini.......

50 raja-raja agung Melayu dari 50 kerajaan gemilang bangsa Melayu

Putera Melayu yang menjadi raja di kerajaan Khmer

Puteri Mayang Mengurai dan Puteri Po Nagar

Mangkubumi agung Nusantara

Pasukan srikandi berani dan gagah di Segenting Kra

Paduka Raja dan Dato Laksamana agung,penjaga pelabuhan

dan watak-watak dari bangsa lain seperti Thai,Khmer,Mon,Burma,Dai-Viet,Portugis,Belanda dan Inggeris yang pernah berinteraksi dengan orang Melayu dan mencatat sejarah dalam ingatan orang Melayu,samada melalui perkahwinan diraja,perdagangan,peperangan atau penjajahan........


Nantikan pengembaraan sejarah merentasi zaman ke seluruh Kepulauan Melayu,untuk mencari permata-permata ajaib dari dirampas oleh  anasir jahat yang durjana.Membongkar rahsia raja-raja Melayu,rahsia orang berdagang dan orang musafir.Mencari permata-permata raja-raja yang akhirnya membuka jalan ke satu Utopia yang disembunyikan.



Sekian terima kasih :D
Raja Ariff Danial
7.11 a.m
2 November 2013








0 ulasan:

Catat Ulasan