25 November 2017
Stesen MRT,Jalan Centauri,
Kuala Lumpur
Ahmad yang baru sahaja keluar dari dalam stesen MRT Jalan Centauri,pergi ke pondok menunggu teksi.Mujur terdapat sebuah teksi yang sedang menunggu pelanggan di situ.Ahmad segera menuju ke arah teksi tersebut.Ahmad segera menuju ke arah teksi tersebut.Menyedari Ahmad ingin menaiki teksinya,pemandu teksi tersebut,yang sedang berdiri di sebelah teksinya membuka pertanyaan kepada Ahmad.
"Nak pergi mana ni,adik?"soal pemandu teksi tersebut.
Pergi pusat bandar.Tempat berhenti nanti ,saya akan tunjukkan,"jawab Ahmad,sambil meminta izin kepada pemandu teksi untuk menaiki teksinya.
Setelah kedua-dua mereka naik ke dalam teksi,teksi Proton Exora berwarna putih tersebut pun bertolak menuju pusat bandaraya.Jalan di sekitar pusat bandaraya agak lengang sedikit pada masa itu,dan ini memudahkan tekksi tersebut bergerak masuk ke pusat bandaraya tanpa terperangkap dalam kesesakan trafik.
Apabila teksi tersebut bergerak menuju ke arah Perpustakaan New Millenia 2020,Ahmad segera menyuruh pemandu teksi memberhentikan teksinya.
Setelah mengucapkan terima kasih dan membayar tambang teksi,Ahmad segera turun dari teksi tersebut lalu menuju ke arah rumah kedai bercirikan seni bina Inggeris berdekatan perpustakaan moden tersebut.Dia memanjat masuk melalui pagar besi di belakang rumah kedai tersebut.Di situ dia bertemu dengan seorang pengawal berbadan besar yang memakai pakaian SB(Special Branch).Ahmad lalu menunjukkan sekeping kad yang istimewa berwarna emas dari poket bajunya.Pengawal SB yang berbadan sasa tadi membenarkan Ahmad masuk ke dalam.
Ahmad lalu masuk melalui pintu belakang rumah kedai tersebut.Dari pintu,Ahmad turun melalui tangga menuju ke bawah tanah.Di situ terdapat sebuah kafe rahsia bawah tanah.Terdapat ramai orang di sana.Pelanggan yang berkunjung ke sana bukan sembarangan orang.Ada yang bertaraf pegawai rasmi kerajaan,polis rahsia dan pegawai khas.Ahmad juga antara pelanggan setia di kafe rahsia itu,yang hanya dikhaskan untuk pegawai kerajaan yang layak sahaja,membincangkan meengenai perkara-perkara sulit dan rahsia negara.Maklumlah,dia adalah antara ahli organisasi techno-historian yang juga merupakan antara organisasi rahsia yang bekerja di bawah kerajaan.
Ahmad ternampak Siti sedang berdiri sambil menyandar pada dinding di satu sudut di kafe rahsia tersebut.Siti segera memberikan isyarat menyuruhnya ke mari.Ahmad,yang mendapat respon dari isyarat Siti tadi,terus menuju ke arahnya.
"Cepatlah!Yazid dan Afrina sudah menunggu di dalam sana,"getus Siti.
"Eh,mereka dah datang?Akulah yang lambat ni?"soal Ahmad kehairanan,mendapat tahu bahawa Yazid dan Afrina lebih awal sampai ke situ sebelum dia.
"Yalah!Engkau yang ajak orang,engkau pula yang lambat,"
"Oh,yakah?Hehehehe..maaf,"seloroh Ahmad sambil menunjukkan ssenyuman kerang busuknya.Siti mengalihkan pandangannya ke satu sudut sambil memuncungkan bibirnya.
"Cepatlah,jangan main-main!Boleh tolong serius tak?"Siti sekali lagi memarahi Ahmad.
Ahmad kemudian mengikuti Siti masuk ke dalam satu bilik di dalam ruang makan tersebut..Di dalam bilik tersebut,Yazid dan Afrina sudah menunggu sambil meneliti jurnal-jurnal di atas meja.Yazid,yang menyedari kemunculan Ahmad,mempersilakan Ahmad duduk.
Ketika Ahmad duduk,seorang pegawai SB datang membawa pesanan minuman kepada mereka.Pegawai itu menghulurkan segelas air milo ais kepada Ahmad.
"Aii..macam tahu-tahu sahaja.Baru sahaja nak pesan milo ais tadi,abang SB..,"respon Ahmad setelah melihat
segelas air milo ais sudah berada di hadapannya.
"Eleh...kau ingat,aku tak tahu apa yang kau selalu pesan setiap kali kau datang menyemak di sini?"jawab pegawai SB tersebut sambil menjelir lidah kepada Ahmad.Pegawai itu mesar digelar sebagai 'abang SB'
oleh Ahmad.
'Hehe...kalau begitu,terima kasih,"balas Ahmad tersengih-sengih di hadapan pegawai tersebut.Pegawai tersebut sempat melemparkan senyuman sebelum beredar keluar dari bilik tersebut.
"Okey,Mad.Apakah perkara yang kita ingin bincangkan hari ini?"soal Yazid,membuka perbincangan antara shriners di dalam bilik tersebut.
"THE TREASURE OF THE KINGS,"jawab Ahmad secara bersahaja,mengundang perasaan ingin tahu shriners lain.
"Maksud kau,harta-harta raja Melayu yang hilang?"tanya Yazid,meminta kepastian.Ahmad menganggukan kepalanya sambil tersenyum.
"Harta raja-raja Melayu purba kini banyak disimpan oleh pihak istana dan kerajaan.Namun begitu,masih ada harta mereka yang berada di dunia Barat aibat perbuatan penjajah.Malahan,pihak bank Rothschild juga ada menyimpan sebahagiannya,"jelas Afrina,yang cantik memakai tudung di kepalanya.
"Ya,sebagai contoh,legenda THE NAZI SECRET GOLD juga ada kena-mengena dengan harta raja Melayu.Untuk menampung kos perbelanjaan peperangan dalam Perang Dunia Kedua,kerajaan Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler telah dikatakan membiayainya menggunakan bertan-tan emas yang dirampas dari Belanda yang disorokkan di dalam Tasik Tobiltz di Switzerland.Belanda pula,atau lebih tepat lagi,Syarikat Hindia Timur Belanda(VOC) telah mencuri emas tersebut dari puing-puing runtuhan kegemilangan
EMPAYAR MELAYU SRIWIJAYA di seluruh Indonesia,"Siti bercerita panjang lebar mengenai legenda
emas raja-raja Melayu yang hilang.
"Itukah The Lost Treasure of The Kings yang engkau maksudkan itu?"
"Bukan,ini lebih berharga.Penjajah imperialis pun belum jumpa lagi,"jawab Ahmad ringkas sambil tersenyum.Jawapan Ahmad itu semestinya tidak memuaskan hati para shriners,malahan menjadikan
mereka lebih tertanya-tanya.
Setelah melihat para shriners dalam keadaan bingung,Ahmad pun memberi jawapan dengan nada perlahan;
"PERMATA RAJA-RAJA MALA....,'
Bisikan perlahan Ahmad itu menyebabkan para shriners terkejut besar.Yazid yang sedang meneguk air jus epalnya tiba-tiba tersedak.Sambil mengesat bibir,Yazid berkata;
"Pertama kali dalam hidup aku,tak pernah dengar tentang permata Raja-Raja Mala....benarkah ada permata sedemikian?'
"Ada,Radiant Stanford beritahu aku,"jawab Ahmad selamba.Ahmad lalu mengeluarkan buku diarinya yang dia simpan sejak di dalam monorel lagi.Setelah membuka mangga kunci diarinya,dia terus mengambil sehelai kertas lama yang tersisip di celah-celah muka surat diarinya.Kertas tersebut mengandungi sajak yang tertulis dalam aksara Jawi beserta peta Kepulauan Melayu di bawahnya.
Ahmad kemudian menghulurkan kertas tersebut kepada Yazid.Yazid lalu membaca sajak yang ada tertulis di atas kertas tersebut.

Setelah membacanya,Yazid terus melihat peta yang terdapat dalam kertas tersebut.Peta yang menunjukkan kawasan Kepulauan Melayu dengan terdapat tanda berbentuk bulat di kawasan tertentu yang dditunjukkan di dalam peta itu.Tanda-tanda berbentuk bulat itu kebanyakannya terdapat di kawasan utara Semenanjung Malaysia,pulau Sumatera,pulau Jawa dan di tanah besar Asia Tenggara.
"Manuskrip ini cuba beritahu,yang harta warisan raja-raja Melayu purba paling berharga masih tersembunyi di sekitar Kepulauan Melayu ini.Radiant Stanford menggelarnya sebagai DIAMONDS OF THE MALA KINGS atau PERMATA RAJA-RAJA MALA,"jelas Ahmad.
"Di mana kertas itu ditemui?Dalam buku diari kau ya,Ahmad?"soal Siti berseloroh.Ahmad mencebikkan bibirnya sahaja lalu memberi penjelasan.
"Ketua Radiant Stanford beritahu yang dia jumpa ini di dalam ruang bawah tanah di istana lama dekat Johor Bahru,beserta manuskrip Melayu lama yang dijumpai dekat sana.Manuskrip-manuskrip itu semua diserahkan kepada Jabatan Arkib Negara,tapi manuskrip ini ....errr....dia simpan beserta puluhan lagi manuskrip lain,yang dia kata nak buat kajian ke atasnya.Dia serahkan satu ini sahaja pada aku,"
"Mana tahu itu bukan high shriner punya.Mungkin kau ambil kertas buruk,lukis lepas tu kau cakap ini manuskrip lama.....,"gurauan Siti yang agak berbisa itu menyebabkan shriners lain ketawa.Ahmad tersenyum sahaja walaupun dalam hatinya geram dengan lawak bodoh Siti tadi.
"Okey...aku cabar kita semua buat ujian pentarikhan karbon dekat manuskrip ini,"ujar Ahmad,dalam keadaan geram namun pandai menyembunyikannya.Mujur Yazid menenangkan keadaan.
"Dah..dah..jangan nak geram sangat.Siti bergurau saja,takkan engkau nak lebih-lebih pula Ahmad.By the way,mungkin tanda-tanda bulat yang ada dalam peta ini menunjukkan tempat tersembunyinya permata-permata tersebut?"soal Yazid,mengubah topik perbincangan.
'Entah,tapi yang pasti,memang peta ini nak beritahu sesuatu,"kata Ahmad sambil tersenyum dengan 'poyo'nya.
"Ya,ketua Radiant Stanford yang suruh bagi peta ini pada kalian dan dia minta kita kaji dan fikir,apakah yang rasanya ingin disampaikan oleh manuskrip ini,"
"The Last Indiana Jones alive sekarang ini cuba nak beri kita tugasan payah......mungkin dia akan buat ekspedisi arkeologi mencabar pada kita...nak suruh kita cari permata-permata ini semua,"gurau Afrina sambil membetulkan tudungnya.
"Hehh...aku tak mahu pergi buat kerja berisiko dan membahayakan macam dia buat.Kena kejar dengan polis rahsialah,jatuh terperosok dalam perigi butalah,melawat kubur tengah malam....tak payahlah...aku nak berehat saja musim cuti ini,"Siti cuba mengelak dari terjebak dalam dunia arkeologi mencabar seperti yang diguraukan oleh Afrina tadi.
"Ehh...seronok ke apa Siti?Boleh pergi ke luar negaraaa.....,"Afrina bergurau lagi sambil menjelir lidahnya ke arah Siti.
"Kau jangan masin sangat mulut kau......Aku tak nak jadi Indiana Jones macam pak cik Radiant Stanford tu..kau ingat kerja ahli arkeologi ni sempat pergi ke pusat peranginan semua itu?Suka-suka kau saja....,"Siti
membalas gurauan Afrina dengan rasa geram,namun masih lagi tersenyum seolah-olah menyembunyikan kemarahannya.Sempat lagi dia membahasakan ketua mereka,Radiant Stanford sebagai 'pak cik' walaupun
sebenarnya Radiant Stanford tidaklah setua mana,lebih kurang baru berusia 30 tahun ke atas sahaja.Mereka hanya menggelar Radiant sebagai tuan ataupun master sahaja.
"Haiii...daripada kalian bergaduh benda-benda yang tidak berfaedah,lebih baik jika kalian berfikir sedalam-dalamnya mengenai apa yang ingin diceritakan oleh peta ini,"Ahmad cuba mengalihkan perhatian mereka daripada bergaduh.
Yazid terus mengambil peta ini lalu merenung sejenak melihat peta itu.Tiba-tiba dia tersentak seketika lalu memerhatikan peta itu semula dengan khusyuk.Para shriners lain hanya melihat dengan pelik ke arah Yazid.
Secara tiba-tiba kedengaran suara irama bingit hardstyle yang datangnya dari telefon bimbit milik Ahmad yang berada di dalam poket seluarnya.Ahmad terkemut-kemut cuba mengambil telefon bimbitnya dari dalam poketnya,sementara kawan-kawannya yang lain memandang

************************************************
Secara tiba-tiba kedengaran suara irama bingit hardstyle yang datangnya dari telefon bimbit milik Ahmad yang berada di dalam poket seluarnya.Ahmad terkemut-kemut cuba mengambil telefon bimbitnya dari dalam poketnya,sementara kawan-kawannya yang lain memandang

.jpg)

0 ulasan:
Catat Ulasan