Khamis, 31 Oktober 2013

SINOPSIS PENDEK:NUSANTARA ADVENTURES





NUSANTARA ADVENTURES:
THE CHRONICLES OF THE MALA KINGS

Sinopsis Pendek


Ahmad(Jati Sukma)dan Siti(Seri Sutramawarni) masing-masing muda remaja,merupakan sejarahwan muda yang bekerja untuk organisasi techno-historian,yang ditaja secara rahsia oleh kerajaan.Walaupun sibuk dengan urusan seharian mereka sebagai pelajar sekolah(?),namun mereka masih lagi dapat meluangkan masa untuk mengkaji sejarah,terutamanya sejarah kekuasaan empayar Melayu dan kekuasaan raja-raja Melayu pada zaman dahulu,di mana bidang pengkajian sejarah Melayu merupakan bidang profesionalisme mereka sendiri dalam organisasi tersebut.

Musim cuti persekolahan akhir tahun yang dinantikan oleh mereka akhirnya tiba jua.Akhirnya mereka dapat meluangkan masa mereka  untuk berehat dan mengkaji sejarah Melayu tanpa gangguan selama dua bulan.Bersama-sama rakan sekerjaya mereka yang juga kebanyakannya pelajar sekolah seperti mereka,Megat,Afrina,Yazid dan Adriana,mereka berusaha mencari tugasan pengkajian sejarah Melayu yang mencabar.

Ketua organisasi techno-historian,Radiant Stanfort akhirnya memanggil mereka untuk menyertai satu ekspedisi rahsia untuk mencari 50 PERMATA RAJA-RAJA MALA yang hilang.Mereka perlu mengembara ke serata Kepulauan Melayu untuk mencari kesemua 50 Permata Raja-Raja Mala tersebut berpandukan sehelai inskripsi lama bertulisan jawi yang ditemui di ruang bawah tanah sebuah istana lama di selatan tanah air.Namun bukan senang untuk mencari permata Raja-Raja Mala yang dikatakan berkuasa ajaib ini kerana mereka selalu dihalang oleh kumpulan Da Communio yang bekerja untuk The Elite,untuk menggunakan kuasa permata-permata tersebut untuk menguasai dunia.

Ikuti pengembaraan Ahmad,Siti dan rakan-rakannya yang lain dalam pencarian harta raja-raja Melayu yang hilang ini.Pengembaraan yang mencabar ini mungkin tidak sesuai untuk umur mereka namun mereka melakukan semua ini kerana satu sahaja,memastikan sejarah Melayu bertahan untuk tatapan generasi Melayu akan datang.Dengan kuasa ajaib permata tersebut,mereka dapat merentas zaman dan melangkaui zaman,bertemu dengan raja-raja Melayu agung pada zaman dahulu dan menyaksikan sendiri sejarah terukir di depan mata untuk membantu mereka menyelesaikan misteri berselirat sejarah asal usul Melayu yang kononya berasal dari satu benua besar.







Nusantara Adventures:
The Chronicles of The Mala Kings


Hak Cipta Terpelihara:
Raja Ariff Danial 
1 November 2013

Novel Nusantara Adventures:The Chronicles of The Mala Kings hanyalah sebuah cerita fiksyen dan rekaan penulis semata-mata.Segala watak moden yang diceritakan di dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata,tiada kaitan dengan hidup atau mati.AKAN TETAPI ADA SESETENGAH FAKTA,TEORI DAN WATAK MENGENAI SEJARAH MELAYU YANG INGIN DIKETENGAHKAN OLEH PENULIS DI DALAM CERITA INI ADALAH BENAR DAN BOLEH DIRUJUK PADA ORANG-ORANG YANG PAKAR.Novel ini hanyaklah sebuah cerita dongeng sahaja dan  tidak harus menjadi kepercayaan dan keyakinan kepada para pembaca.

Nantikan post seterusnya... :)


Sekian 



0 ulasan:

Catat Ulasan