Isnin, 4 November 2013

MENGENAI TECHNO-HISTORIAN




TECHNO-HISTORIAN SOCIETY
Secret Society for The Malay Young Historians :D



Salam sejahtera semua,

Melayu,itulah nama sebuah bangsa besar yang menghuni di wilayah kepulauan yang terletak di hujung timur dunia.Bangsa ini merupakan bangsa yang istimewa,di mana bangsa ini pernah membina tamadun yang bertaraf tinggi,membina empayar yang besar,menguasai jaluran perdagangan di Timur Jauh,menjadi orang tengah dalam perdagangan antarabangsa,menguasai lubuk kekayaan sumber hasil bumi,mengharungi samudera dan memiliki taraf kesenian yang tinggi,baik dari zaman sebelum Islam atau sesudahnya.

Kita telah membina sejarah yang agung.Dari Tanah Besar di IndoChina sehingga ke Hawaii,bangsa kita digeruni dan disegani oleh bangsa-bangsa lain.Kita pada zaman dahulu mampu dan berjaya membina pelabuhan antarabangsa,mampu membina kapal-kapal besar dan mengahntar utusan diplomatik ke pelbagai jenis tamadun agung yang lain di dunia seperti tamadun India,China,Parsi,Turki malahan sampai ke benua Eropah.

Masalahnya,pada zaman langit terbuka ini,pada zaman teknologi maklumat(IT)dan multimedia kini,adakah kita,bangsa Melayu yang agung ini,mengetahui sejarah nenek moyang kita?Berapa ramai di kalangan anak Melayu Islam itu sendiri,yang tahu mengenai kebesaran dan keagungan kerajaan kita pada zaman dahulu?Sesungguhnya kebanyakan anak Melayu kini telah menghidap satu penyakit yang kronik dan sukar diubati,
yang menghinggapi keturunan mereka sejak zaman penjajahan dan kolonialism lagi.Penyakit inilah yang menjadikan Melayu kini lemah jati diri mereka,lemah keteguhan iman mereka dan menjadi buta sejarah.

Penyakit itu adalah Inferiority.....

Pada zaman kolonialism dan penjajahan kuasa Barat ke atas Nusantara ini,banyak khazanah sejarah Melayu dibongkar dan dibawa balik ke negara mereka sementara pembesar-pembesar Melayu sibuk bertelagah sesama sendiri demi kekuasaan.Ada di kalangan mereka memusnahkan kota-kota Melayu purba,tembok-tembok,masjid-masjid dan lain-lain lagi khazanah sejarah Melayu berharga yang lain.Kitab-kitab ilmu
berharga,prasasti,surat-surat,perjanjian-perjanjian,manuskrip dan bahan sastera Melayu pula semuanya diangkut masuk ke dalam kapal-kapal besar mereka dan berlayar pulang ke negara mereka.Malangnya orang Melayu pada zaman itu langsung bersikap acuh tak acuh malahan ada yang menolong mereka.Ratusan tahun penjajahan mereka ke atas orang Melayu sudah cukup bagi mereka untuk melaksanakan perkara terkutuk itu.



Apabila penjajah memberi kemerdekaan kepada bangsa Melayu dan membenarkan bangsa ini memegang tampuk politik dan kekuasaan di bumi mereka sendiri,orang Melayu pada masa itu ibarat baru keluar dari lohong hitam dan lupa semuanya.Walaupun umat Melayu menuju ke arah zaman pemabngunan di negara masing-masing,namun mereka kebanyakannya lupa asal-usul,menghidapi penyakit buta sejarah yang kronik dan malas mengkaji sejarah nenek moyang kita.

Penyakit buta sejarah orang Melayu terserlah apabila sesetengah dari bangsa pendatang di Tanah Melayu ini,yang bersifat ultra-kiasu mula bijak memutar-belit sejarah Melayu dengan teruk sekali.Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat,yang menjadi kebanggaan umat Melayu Islam,dikatakan berbangsa Cina dengan
gelaran Hang Too Ah dan Hang Jee Fat.Orang Melayu dituduh pendatang dari Borneolah,Sumateralah,
wilayah Yunnan di Chinalah,apa lah.Sejarah Melayu bermula dari Parameswara mengasaskan Kesultanan
Melaka dan orang Melayu merampas tanah semenanjung ini dari tangan Orang Asli?Ini satu pemalsuan sejarah yang melampau.Tetapi malangnya ada juga orang Melayu sendiri yang mempercayai dakwaan tidak berasas ini dan memerhatikan sahaja sejarah bangsanya yang penuh dengan kegemilangan itu dilacurkan dan dijahanamkan.

Ada juga orang Melayu malu mengaku Melayu,konon bersifat rasis terhadap kaum lain atau assobiyah(sifat mengagungkan kaum sendiri melebihi kaum lain).Sejarahwan-sejarahwan kita pula terpaksa merujuk pada jurnal dan catatan sejarah Melayu yang ditulis oleh orang Barat,yang tidak diyakini penuh dengan fakta sepenuhnya.Bangsa yang tiada sejarah masa lalu tidak boleh menghadapi masa depan.



Maka dengan sokongan kerajaan yang sekarang ini,sedar akan kepentingan pembelajaran sejarah Melayu sebenar kepada generasi mudanya,organisasi rahsia pengkajian sejarah Melayu pertama di dunia berjaya ditubuhkan.Organisasi techno-historian akan menjalankan tugasnya mengkaji sejarah Melayu sebenar dan tepat,untuk memastikan kelangsungan bangsa ini di bumi bertuah ini.Di bawah Kuala Lumpur yang menjadi
ibu negara Melayu yang termasyhur di dunia inilah,kami akan mengkaji,menyelongkar,meneroka dan medapatkan fakta sebenar mengenai sejarah anak bangsa kita,samada yang disembunyikan atau diputarbelitkan.Itu adalah tugas kami yang perlu kami junjung dengan erat demi martabat bangsa,agama dan negara.

Organisasi techno-historian mungkin adalah antara historian secret societies yang unik di dunia.Saya sendiri telah dilantik sebagai ketua rasmi organisasi tersebut.Organisasi ini ada kelainannya sedikit.Kami akan memilih kanak-kanak yang terdiri daripada prodigi-prodigi senyap dalam bidang sejarah Melayu.Mereka sangat mahir dan bijak dalam bidang sejarah Melayu,namun kemahiran mereka yang luar biasa itu terpaksa disenyapkan.Seramai 6 orang kanak-kanak genius ini yang kami lantik sebagai shriners dalam organisasi ini.
Kesemua mereka mempunyai kemahiran yang luar biasa.Di saat kanak-kanak sebaya dengan mereka baru sahaja merangkak-rangkak menghafal nama tokoh kemerdekaan,mereka telah dapat menghafal kod-kod tersembunyi dalam sejarah Sriwijaya,dapat menterjemah tulisan Pallava dan Kawi pada batu bersurat dan akhirnya dapat menemui sejarah asal usul Melayu itu sendiri.Sejarah keMelayuan disimpan kemas dalam otak mereka padahal mereka masih muda remaja lagi.Begitu hebatnya kuasa Allah yang mengurniakan prodigi-prodigi muda ini untuk mengekalkan keaslian sejarah umat.Subhanallah.......

Di masa masih muda lagi,mereka telah berkesempatan membuat kajian di Myson,Vietnam,mengkaji kod-kod tersembunyi di bas-relief di Borobodur dan melakukan ujian arkeologi di Lembah Bujang.Dalam keadaan muda sebegitu?Betapa bertuahnya mereka dikurnaiakan bakat sebegitu.Saya cuma berharap agar 
merekalah yang akan mara ke barisan hadapan untuk membela sejarah Melayu dan menyedarkan anak bangsa pada masa hadapan.Aminn....


Dengan kebijaksanaan tahap tinggi mereka dan aura misteri yang terdapat di dalam badan mereka,mereka akan membawa kita semua ke alam epik keindahan sejarah bangsa ..dari Madagascar melalui Kepulauan Melayu sehingga ke Hawaii......menikmati keindahan taman kayangan Maharaja Melayu Sriwijaya,merasai bayu angin Pelabuhan Melaka dan memberi semangat kepada kita untuk terus mengharungi cabaran untuk berjaya di masa hadapan nanti..In Sha Allah.....



"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it,"
=George Santayana


Ikhlas dari,
RADIANT STANFORD
Grand master/High Shriner,
techno-historian













0 ulasan:

Catat Ulasan